ads

Friday 27 February 2015

Insan Bernama Lelaki..

Insan Bernama Lelaki..

Dulu..
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah,Saifullah,
Tokoh, ilmuan dan pejuang kami ramai tak terkira.
Kini..
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh, ulama' dan perindu syahid kami sedikit sekali,
Yang ramainya,boneka Yahudi.

Dulu..
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini..
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari, mahu bersembunyi,
Lelakinya pengkhianat, peragut, pembunuh, perogol bersiri.

Dulu..
Bila wanita teraniaya,
Cukup seorang sahaja,
Sepasukan kuda putih datang membela,
al-Mu'tasim kebanggaan wanita.
Kini..
Ribuan wanita suci dipenjara..
Diperkosa, diseksa minta dibela,
Lelakinya sunyi sepi sahaja,
Tunduk lemah tak bertenaga.

Dulu..
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Walau sekadar mengenyit mata.
Kini..
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Lelaki dayus malah bangga,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.
Tanpa dikawal sesiapa.

Dulu..
Lelaki menggadai diri, masa, harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Bermusafir ke seluruh dunia,
Jauh dari keluarga,
Pulang hanya bila anak yang kecil sudah dewasa,
Demi menyampaikan risalah mulia,
Untuk ummat tercinta.
Kini..
Lelaki menggadai ketinggian dan kesucian agama,
Demi dunia, nafsu, dan seisinya,
Ummat yang kufur dan jauh dari agama tidak dihiraunya,
Tanggungjawabnya menyebar risalah entah ke mana,
Mungkin syurga hanya untuknya dan keluarganya sahaja,
Biarlah yang lain masuk ke neraka.

Dulu..
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tabah menuntut ilmu, tekun berdakwah.
Kini..
Lelaki hanya menyanjungi sejarah.
Hanya berbangga dengan kisah,
Diri bermalasan tenaga tak dikerah,
Saf lima waktu pun tidak dikesah,
Jemaahnya sedikit, yang banyaknya sejadah,
Waktu subuh hanya untuk yang benar-benar gagah.

Dulu..
Lelaki memperjuangkan ad-Din dan ummah,
Perbualan harian mereka tidak lari daripada ilmu, agama, jihad dan ummah,
Al-Farouq, Zunnurain mati dibunuh,
Kerana fokus mereka hanya untukNya
Kini..
Lelaki memperjuangkan segalanya hanya untuk dirinya dan kroninya sahaja,
Hingga sanggup menganiaya mereka yang tidak berdosa,
Perbualan harian mereka tidak lari daripada pangkat, harta, wanita, bola, motor dan hal-hal dunia,
Berjalan ke sana ke sini tanpa arah tujuan yang mulia,
Hanya saja-saja,
Melepak membuang masa.

Dulu..
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini..
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertingkah..

Kembalilah lelakiku..
Kepada kemaskulinanmu..
Kami rindukan lelaki yang dahulu..
Acuan Madrasah Rasul..

Namun kami juga sedar,
Andai kami tidak membantu,
Andai kami tidak menjaga mata,
Menunduk pandangan,
Kami juga turut bersalah,
Dalam melemahkanmu,
Malah melemahkan seluruh ummah,
Kerana kami adalah tunggak ummah,
Ibu kepada generasi yang akan membentuk ummah,
Yang mana binasanya kami, binasalah ummah.

Syabab Musafir Kasih
~Fatimah Syarha Mohd Noordin~

Wednesday 18 February 2015

KEDAI MENJUAL ISTERI

 KEDAI MENJUAL ISTERI

Di dalam sebuah bandar ini terdapat sebuah kedai yg unik iaitu KEDAI MENJUAL ISTERI. Kedai ini dibuka selepas tengah malam. Kedai yang menjual isteri ini akan dibuka di mana lelaki dapat memilih wanita untuk dijadikan sebagai calon isteri. Syarat untuk masuk kedai tersebut adalah seperti berikut:-

"ANDA HANYA DIBENARKAN MENGUNJUNGI KEDAI INI SEKALI SAHAJA"

Kedai tersebut mempunyai 6 tingkat di mana setiap tingkat akan menunjukkan kelompok calon isteri. Semakin tinggi tingkatnya, semakin tinggi pula nilai wanitanya. Kamu boleh memilih wanita di tingkat yang kamu suka. Jika tidak berkenan, kamu juga boleh memilih calon isteri di tingkat berikutnya tetapi dengan syarat tidak boleh turun lagi ke tingkat sebelumnya kecuali untuk keluar dari kedai.

Suatu hari seorang lelaki pergi ke kedai tersebut untuk mencari calon isteri. Di setiap tingkat terdapat tulisan seperti ini:-

Tingkat 1: Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan & pandai memasak.

Lelaki itu tersenyum. Kemudian dia naik ke tingkat 2.

Tingkat 2: Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan, pandai memasak & lemah lembut.

Lelaki itu tersenyum lagi dan naik lagi ke tingkat 3.

Tingkat 3: Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan, pandai memasak, lemah lembut & cantik.

"Wow!!! Ujar lelaki tersebut. Tawaran semakin menarik. Lelaki tersebut semakin ghairah dan terus naik ke tingkat 4.

Tingkat 4: Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan, pandai memasak, lemah lembut, amat cantik dan sayang kpd kanak-kanak.

Lelaki tersebut berkata, "Ini benar-benar membuat aku serba salah dan hampir tak percaya!!!"

Dia berfikir pastinya tingkat 5 tawarannya lebih hebat lalu dia terus mendaki ke tingkat 5.

Tingkat 5: Wanita di tingkat ini taat kepada Tuhan, pandai memasak, lemah lembut, sangat cantik, sayang kanak-kanak & sexy.

Dia tergoda dengan tawaran yg diberikan dan mengambil keputusan utk berhenti dan memilih calon isteri di tingkat 5. Tiba-tiba lelaki tersebut menukar fikirannya lalu dia bertindak melangkah ke tingkat 6. Alangkah terkejutnya lelaki tersebut apabila membaca tulisan...

Tingkat 6: Anda adalah pengunjung yang ke 9,989,686,898. TIADA wanita di tingkat ini. Tingkat ini hanya semata-mata pembuktian untuk LEKAKI yang TIDAK PERNAH PUAS. Terima kasih kerana telah meluangkan masa untuk berbelanja di KEDAI ISTERI. Mohon hati-hati ketika keluar dari sini.

SAUDARAKU, setiap dari kita tidak ada yang sempurna. Tidak ada satu pun yang mampu memuaskan kita di dunia ini. ISTERI CANTIK, SUAMI TAMPAN, JAWATAN TINGGI, KEKAYAAN, RUMAH BESAR, KERETA MEWAH, DUIT BERJUTA dan macam-macam lagi. Kelihatannya begitu GAH dilihat di mata MANUSIA namun kita sering TERLUPA yang itu semua hanya bersifat SEMENTARA.

Oleh itu, hanya dengan RASA SYUKUR, JUJUR, IKHLAS dan BERLAPANG DADA terhadap segala yang dihadirkan oleh Allah SWT buat kita, yang mampu membuat HIDUP kita begitu INDAH dan TENANG kerana kita pasti merasa PUAS terhadap apa jua yang Allah SWT berikan kepada kita. Semoga kita terus ISTIQAMAH. Wallahu'aklam...   

Tuesday 17 February 2015

Kelemahan Iblis

Dulu waktu sekolah rendah, kalau DATANG LAMBAT, kena denda kutip sampah sekitar kawsan sekolah.

Naik sekolah menengah, kalau DATANG LAMBAT, pengawas ambik nama dan cikgu disiplin akan sebut nama waktu perhimpunan. Kena denda juga kutip sampah atau cuci tandas.

Masuk universiti, kalau DATANG LAMBAT ke kuliyyah, lecturer potong 'carry mark'. Ada juga yang terus tak boleh masuk, lecturer kunci pintu.

Bila dah bekerjaya, kalau DATANG LAMBAT, bos akan marah, bonus dan kenaikan gaji terjejas. Bahkan kalau selalu sangat, HR akan hantar showcause letter.

Tapi...
✅Kalau DATANG LAMBAT solat jemaah, samada tertinggal rakaat pertama atau bahkan kalau datang ketika tahiyyat akhira, Allah tetap beri ganjaran 27 kali pahala. Tak kena tolak jadi 20, 10 atau 7. Tetap juga 27. Cuma pahala afdhalnya yang mungkin berbeza di sisi Allah..
✅Allahuakbar... Betapa Allah sangat sayangkan hambaNya..

Ustaz Azhar Idrus Berkata
Kita relax and bace ni Perbualan antara Rasulullah & iblis..
Rasulullah bertanya : “Apa yg kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku hendak solat?”
Iblis menjawab : “aku merasa panas dingin dan gementar”
Rasulullah : “kenapa?”
Iblis : “Sebab setiap seorang hamba bersujud 1X kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat”
Rasulullah : “jika seorang umatku berpuasa?”
Iblis : “tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka”
Rasulullah : “jika ia berhaji?”
Iblis : “aku seperti orang gila”
Rasulullah : “jika ia membaca Al-Quran?”
Iblis : “aku merasa meleleh laksana timah diatas api”
Rasulullah : “jika ia bersedekah?”
Iblis : “itu sama saja org tersebut m'belah tubuhku dgn gergaji”
Rasulullah : “mengapa boleh begitu?“
Iblis : ”sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya, iaitu :
1. Keberkahan dlm hartanya,
2. Hidupnya disukai,
3. Sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dgn api neraka,
4. Terhindar dari segala macam musibah akan terhalau dr dirinya.
Rasulullah : “apa yg dapat mematahkan pinggangmu?”
Iblis : “suara kuda perang di jalan Allah.”
Rasulullah : “apa yg dapat melelehkan tubuhmu?”
Iblis : “taubat org yg bertaubat”
Rasulullah : “apa yg dpt membakar hatimu?”
Iblis : “istighfar di waktu siang & malam”
Rasulullah : “apa yg dpt mencoreng wajahmu?”
Iblis : “sedekah yg diam2”
Rasulullah : “apa yg dpt menusuk matamu?”
Iblis : “solat fajar”
Rasulullah : “apa yg dpt memukul kepalamu?”
Iblis : “solat berjemaah”
Rasulullah : “apa yg paling mengganggumu”
Iblis : “majlis para ulama”
Rasulullah : “bagaimana cara makanmu?”
Iblis : “dengan tangan kiri dan jariku”
Rasulullah : “dimanakah kau menaungi anak2mu di musim panas?”
Iblis : “dibawah kuku manusia”
Rasulullah : “siapa temanmu wahai iblis?”
Iblis : “penzina”
Rasulullah : “siapa teman tidurmu?”
Iblis : “pemabuk”
Rasulullah : “siapa tamumu?”
Iblis : “pencuri”
Rasulullah : “siapa utusanmu?”
Iblis : “tukang sihir (dukun)”
Rasulullah : “apa yg membuatmu gembira?”
Iblis : “bersumpah dgn cerai”
Rasulullah : “siapa kekasihmu?”
Iblis : “org yg meninggalkan Solat Jum'at”
Rasulullah : “siapa manusia yg paling membahagiakanmu?"
Iblis : “org yg meninggalkan solatnya dgn sengaja”
AllahuRabbi.. Jom KONGSI sebarkannya biar bagi 1 dunia tahu apa kelemahan Iblis.

Friday 6 February 2015

Tentang permainan cinta : sang lalat, serigala

Lelaki,

perempuan, kau jual mahal lah ckit,
sememangnya lelaki mudah tercair dengan suara wanita yang manja, tikala tertarik dengan wanita yang lemah lembut perwatakan, tikala cair dengan pujuk rayuan wanita, menggoda sanubari kepada semua lelaki.  wanita cantik merupakan penyeri hari lelaki

TETAPI
jika ada yang tergoda dengan wanita itu memilih lelaki itu, nescaya mereka hanya sementara, seperti lalat yang menghiggap seketika di badan sucimu yang ada masanya membawa najis bersama, kemudia tinggalkan kau dalam keadaan hina dan busuk.

Wanita yang seksi dan dapat gelaran SEDAP, mantopsss
kau hanyalah alat untuk ramai lelaki melepaskan nafsu sarakah,
walaupon kau pakai tudung, mereka lelaki ibarat serigala yang hanya menunggu untuk digongong
kemudian makan, pabila sudah kenyang akan meninggalkan tulang kau dan pergi mencari yang lain

Jangan pernah percaya oleh janji manis mereka,
walaupun bulan dan bintang perjanjian dia ingin ditunaikan,
tetapkan hati kau untuk menunggu dia dptkan bulan dan bintang itu sebelum kau memberi sinar cahaya yang ada dalam dirimu
kerana itu semua adalah kata-kata yang dusta,
jika senang untuk mendapat manisnya secara percuma buat apa bersusah payah dia untuk merentasi lautan yang berapi?

Kau na kawin dengan dia, dia lah pilihan kau terakhir??
Jangan mimpi lah
cur tanya, bila kau nak kawin dengan aku?
jika dia ckp 'aku belom pikir psl kawin, tunggu  4 5 tahun lagi.
kau jangan buang masa lah menunggu atau angan-angan untuk dia nak berkawin dengan kau
dia tak nampak kau kat masa depan dia pon dan mungkin dia tak de niat pon na jadikan kau isteri
so kalau mcm tu cepat-cepat kau jauhkan diri dari dia,
kan lebih bagos kau dapatkan mereka yang terus mengahwini kau dan kau pon serasi suke dgn laki itu?
daripada tunggu benda yang tak pasti, ntah-ntah dia dh terbayang bersama dgn prmpuan lain tapi dalam masa yang dia mintak madu dari kau je

woi sedarlah weyh. jgn percaya juga kepada serigala yang sanggop beri harapan palsu na bernikah dgn kau tapi dalam mse yang sama kau adalah mangsa dy dok habis madu sepah dibuang

Kau susah nak lupakan dy, kau terbayang-bayang pasal dia, kau sayang dia, padahal ntah dia ingat lagi pasal kau ke tak tapi kau yang dok tergila-gilakan dia? atau kau rasa tak tetap hati ingin pergi ke sana sini, jantan banyak sangat tapi tak boleh lama?
better kau pergi check mana-mana perubatan islam, ntah2 kau dah terkena dengan minyak pengasih daripada lelaki yang bertopengkan syaitan. sebab tu kau jadi tak tentu hala, lemah dengan pujuk rayu lelaki, pergi berubat dengan segera

Laki ni memanglah nafsunya satu, kalau kau dok suka-suka je kuar dengan dia, tak kiralah kau anggap dia abang angkat ke, kawan-kawan ke or membe-membe ke, kalau diorang dah banyak kali tengok kau tiba masa mesti diorang nak juga sesuatu dari kau, mana boleh kalau tak dapat apa2, pishang dokkk, ,  ,so kau tak payah suka kuar dengan mana-mana lelaki, tak kira laa laki tu baik or terdesak sekali pon, kalau dia dapat, kau rugilah.

wanita, harap kau paham dengan mainan lelaki kat dunia ni, banyak yang aku jumpa semua nampak manis di depan kau tapi sebenarnya bangsat. oleh itu kau janganlah tertipu dengan permainan mereka. kau kena tegas, jaga maruah kau, bukan dengan gediks-gediks or geli-geli kau senang-senang je bagi kat jantan si hidung belang apa yang sedapnye itu

Jika mereka menangis kerana tak dapat apa yang ada dari kau? ketawekan aja! sebab kenapa, lelaki sejati tidak akan nangis. tu semua sandiwara  sang serigala je. kalau ada pun yang nangis tu amat rare, bukan air mata kasanova tau yang kau tengok dia selalu menangis bukan hadapan kau pun, cur tanya ex2 dia, betine-betine yang dia simpan kalau ada yang nangis tu jgn percaya, tu lahanat namanya!!

Pengambilan pekerjaan di sector kargo di KLIA 100 kekosongan.

Tolong share kan.....
Pass to all..
Pengambilan pekerjaan di sector kargo di KLIA 100 kekosongan.
ASRAMA PEGINAPAN DAN PEGANGKUTAN PERCUMA.
Gaji : rm1400.00-rm 1500.00
Kelayakan : PMR dan SPM
Boleh bekerja lebih masa,
Displin diri, TIADA senarai hitam PDRM.
Berumur : 17 tahun -30 tahun
Hubungi : 0172991484 Haizal Ismail
"panjangkan kepada sahabat kita yang masih mencari kerja"
JIKA BERMINAT WHATAPPS, SMS DAN CALL NOMBOR DIATAS
Industry : Electronic Manufacturing Services / Manufacturing
Location : Senai / Kawasan Perindustrian Tebrau / Kempas / Pasir Gudang
1. Account Assistant (AP / AR) ‘Urgent’ – RM2300
2. Program Executive – RM4000
3. Senior Buyer ‘Urgent’ – RM4500
4. Senior Planner ‘Urgent’ – RM4000
5. Sales Order Executive (Purchasing / Planning) – RM4000
6. Electrical Design Engineer (AutoCAD) – RM5000
7. Electrical Production Engineer (AutoCAD) – RM5000
8. Mechanical Design Engineer (AutoCAD) – RM5000
9. Test Engineer – RM4000
10. Senior Test Engineer – RM4500
11. Senior Test Technician – RM2500
12. Process Engineer – RM4000
13. Product Engineer – RM4000
14. NPI Engineer – RM4000
15. Senior SMT Engineer – RM4500
16. Production Engineer – RM4000
17. Production Supervisor – RM2800
18. Senior LEAN Engineer – RM4500
19. Quality Engineer (Customer / Supplier) – RM4000
20. Safety Officer (Green Book)
21. Supplier Quality Manager – RM7000
22. Assistant Production Manager – RM6000
Jawatan Kosong Polis DiRaja Malaysia (PDRM) - Terbuka 2014 / 2015
Pemohon hendaklah daripada warganegara Malaysia untuk mengisi kekosongan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Terbuka 2014 & 2015 ini :
Jawatan Kosong di Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Terbuka 2014 / 2015 :
1. Inspektor (Lelaki/Wanita)
2. Sarjan (Lelaki/Wanita)
3. Konstabel (Lelaki/Wanita)
4. Konstabel sokongan (Lelaki/Wanita)
5. Konstabel Orang Asli (Lelaki) (terbaru)
*Permohonan adalah menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i)
Tarikh tutup permohonan : Terbuka 2014 / 2015
Lokasi : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan
*Maklumat lanjut, hubungi talian : 03-2266 8350 / 8344 / 8347. (Unit Pengambilan PDRM)
PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
IJAZAH :-
1- Perangkawan Gred E41
(Jabatan Perangkaan Malaysia)
*10 kekosongan
*keutamaan adalah bagi calon-calon yang memiliki kelayakan dalam bidang :
# ekonomi (statistik)
# matematik dan statistik
# perangkaan
# sains (statistik)
# statistik ekonomi
SPM
1- Pegawai Imigresen Gred KP17
(Jabatan Imigresen Malaysia)
*175 kekosongan
2- Pembantu Laut Gred A17
(Jabatan Taman Laut Malaysia)
*11 kekosongan
3- Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
(Kementerian Kesihatan Malaysia)
*1767 kekosongan
# Jururawat
# Penolong Pegawai Perubatan
# Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
# Juruteknologi Makmal Perubatan
# Juru X-Ray
# Jururawat Pergigian
# Juruteknologi Pergigian
# Jurupulih Perubatan Anggota
# Jurupulih Perubatan Cara Kerja
# Penolong Pegawai Farmasi
PMR
1- Pemandu Kenderaan Gred H11
(Kementerian Kesihatan Malaysia)
*100 kekosongan
2- Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil
(Kementerian Kesihatan Malaysia)
*206 kekosongan
# Pembantu Pembedahan Pergigian
# Pembantu Kesihatan Awam
Untuk memohon sila layari www.spa.gov.my
Untuk maklumat mengenai syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan boleh layari
www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas
MOHON SHARE!!!
Tlg sebarkan  baik.  Kalau bukan anak kita, mungkin ada rakan2 sekolah anak2 kita. Jgn tutup pintu  peluang mereka. Satu pintu kita buka utk org lain, 7 pintu Allah buka utk  kita. Amin  

Aku seorang penulis

Assalammualaikum semua,.

Terdengar sahaja lagu Hotel California by Eagles mengimbas kembali kenangan aku bersama si dia dahulu tetapi sekarang aku sudah kehilangan dirinya. Tidak mudah bagi aku untuk menerima kenyataan bahawa aku bukan miliknya lagi, lebih sukar lagi aku sering teringat akan peristiwa dan kenangan manis kami. Aku sebagai seorang penulis tegar yang tiada niat untuk mendapatkan simpati dari orang ramai tetapi hanya sebagai penulis yang ingin berkongsi tentang perjalanan hidup seseorang. Semoga memberi teladan dan pengajaran untuk semua.

Aku mengenalinya sebagai King of Party, sesuai dengan keadaannya dan sesuai dengan situasi bermulanya pertemuan kami. Sungguh indah bahawa terdapat banyak pilihan jejaka idaman yang cuba mendekati diriku tetapi aku dapat merasakan bahawa dialah yang terbaik, dialah yang paling aku selesa berdamping dan dialah paling kurasakan seorang yang bertanggungjawab.

Pada kali kedua pertemuan kami disangka hanya bersahabat tetapi siapa sangka dua hati menjadi satu dalam suasana kedinginan kelam malam berunggunkan api, air sungai yang mengalir serta bunyi petikan gitar diiringi suara yang merdu, kau membawa aku bersama dengan mereka. Kehangatan pada malam itu tidak pernah dapat aku lupakan.

Pada mulanya, kau seperti dalam lagu Give your heart break nyanyian dari Demi Lovato, Sayangku, aku bukan begitu dan aku tidak sanggup diperlakukan begitu seperti kau buat kepada mereka sebelumnya. Kau sudah ubah fikiran untuk bersamaku serta memberi layanan yang selayaknya tehadapku.

Sayangku, adakah ini jampi terhadap diriku untuk aku sukar melupakan kau, untuk aku teringinkan kau selalu? Adakah kau lebih pentingkan kerjaya, terlalu bersama rakanmu, keluargamu atau kekasih hatimu dalam diammu?

Cintaku, aku berharap aku pergi dengan tanpa kerelaan hati ini meninggalkanmu agar kau lebih menghargai diriku ini yang dahagakan perhatian kasih sayangmu terhadapku. Mencari apa yang kau kejarkan? apa kehilangan dalam dirimu dan apa matlamat yang kau inginkan sehingga aku dianggap menganggu perhatian dalam hidupmu? Belum sempat ku kembali, kau pula yang pergi meninggalkanku , melupakanku dengan mudahnya.

Aku keliru tetapi aku paham dengan pendirianmu dahulu yang kau sudah perkatakan. Akan ku cuba melupakan kamu, kenangan terindah kita ku padamkan agar aku dan kau bahagia dalam jalan kehidupan masing-masing. Selamat tinggal. . . . 

Salam dari Nia

Thursday 5 February 2015

8 GANJARAN BUAT ISTERI YANG SOLEHAH

8 GANJARAN BUAT ISTERI YANG SOLEHAH
Bismillahir Rahmanir Rahim,,
1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...
(Hadis riwayat Anas Bin Malik)
Subhanallah..

ADS