ads

Thursday, 11 July 2013

TAHUN 2013 - luahan hati mangsa

Blog ini dibuat khas untuk aku berkongsi pengalaman manis dan pahit hidup aku yang tak seberapa dan yang paling penting apa pengajaran yang aku dapat sebagai panduan kepada semua pembaca agar tidak mengambil langkah yang salah dalam kehidupan selepas zaman persekolah kerana dahulu saya juga bukanlah seorang yang baik. Saya harap dengan adanya blog ini dapat meningkatkan semangat saya untuk terus langkah maju ke hadapan serta dapat melupakan peristiwa-peristiwa lama. Semoga para pembaca terus menyokong saya ya..:) 

Baiklah saya akan menceritakan serba sedikit kenangan buruk saya yang saya sendiri ingin melupakan dan pengajaran yang saya dapat. Pada awal bulan Feb 2013, saya telah dikianati oleh 'kawan baru yang saya kenali'. Perempuan ini (gelaran bagi saya kurang respek kepada mereka) rupanya menyimpan dendam kepada saya kerana saya mendapat perhatian lebih daripada bos saya semasa saya bekerja sambilan. Saya dapat perhatin bukanlah kerana saya ada 'scandle' dengan bos tetapi atas sebab kerajinan saya. Jadi, perempuan ini bijak memancing saya dengan mengajak saya melawat ke tempatnya untuk menyambut harijadinya. Saya menganggap dia sebagai rakan sekerja kerana majikan yang sama.

Pada mulanya, dia memberikan layanan yang biasa dan mesra dengan beriya mengajak saya untuk bermalam ke tempatnya. Selepas kami selesai puas berparti dan berseronok dia menyatakan hasrat bahawa dia ingin mengajak saya untuk menemaninya ke kedai makan untuk membeli makan. Saya hanya menurut katanya. Kemudian dia telah membawa saya ke suatu tempat gelap dan sunyi. Saya pelik kerana mengapa dia mengajak ke tempat begini bersama seorang perempuan dan 3 orang lelaki yang lain. Dia dan perempuan itu merancang untuk membelasahi saya. Menurutnya dia tidak puas hati atas tiada gaji yang diberikan oleh majikan saya kerana lebih tertumpu kepada gaji saya. Sungguh tidak releven alasannya kerana selama ini dia tidak berkerja dengan betul untuk mendapatkan jualan jadi macam mana hendak ada gaji kan? Kemudian, kawannya yang seorang lagi juga menyatakan rasa tidak puashatinya kepada saya iaitu pasal ex-boyfriendnya. Rupaya saya tidak sedar bahawa semasa saya berseronok, saya ada berkenalan dengan salah seorang lelaki dari situ. Lelaki itu mengoda saya untuk melayaninya. Saya hanya turut kemahuannya. Tidak sangka ia tidak menyenangkan pihak yang berkenanaan.

Maka, bermulanya agendanya untuk memukul, mengkeji dan mengherdik saya. Saya ingin berlawan tetapi saya hanya mengalah takut jika 3 orang lelaki ini akan menyentuh saya. Selepas puas agende mereka termasuk meludah dan mencederakan saya sehingga baju saya koyak dan kasut rosak, mereka mengambil semua duit saya dan barang yang berharga seperti henset hasil daripada titik peluh saya sendiri. Kemudian mereka meninggalkan saya berseorang. Saya masih rasa bersyukur kerana tidak disentuh oleh 3 orang lelaki ini yang hanya menuruti meperlihatkan aksi kejam perempuan-perempuan ini. Saya dapat pulang ke rumah melalui seseorang yang saya kenali tetapi dia juga ingin mengambil kesempatan ke atas saya. Saya terus pulang ke rumah dan juga dimarahi oleh mak ayah. 

Saya sungguh tidak sangka perempuan bertalam dua muka ini mengkianati saya. Patutlah suaminya bercerai dengannya. Walaupun sudah mempunyai seorang anak pada usia muda tetapi sifat kematangan dan keibuan masih belum ada dalam perempuan ini. Sejujurnya perempuan ini sangat cantik daripada saya tetapi apa gunanya jika muka yang cantik tetapi dalaman buruk?

Konslusinya, apa pengajaran yang saya dapat dan mungkin merupakan tips ialah :-

Berhati-hati memilih kawan terutama sekali jika kamu berkerja di persekitaran golongan bawahan yang tidak mempunyai moral yang baik. Jika kamu rasa mereka mempunyai sama kepala dengan kamu contohnya gila-gila, laki langgar dan ada nilai-nilai negatif yang lain tetapi kita tidak tahu latar belakang mereka serta hati dan perasaan hasad dengki mereka. Jika kamu semua berjumpa dengan kawan-kwan sebegini saya nasihatkan ELAKKAN. Sebab kebanyakkan mereka memberikan keburukan lebih daripada kebaikan.

Akhir kata elok berkawan dengan orang yang baik walaupun mereka mungkin tidak sama dunia dengan kita. Saya berharap ssuatu hari nanti perempuan-perempuan ini mendapat balasan yang setimpal. Jika kamu adalah salah seorang daripada saya nyatakan, inilah luahan hati saya kepada kamu. Semoga kamu hidup dengan apa yang kamu buat dekat dunia ini. Jangan ingat  aku getar dengan gegaran kamu dan jangan kau berharap kau boleh lepas apa yang kau dah buat. Sejujurnya ibubapa aku sudah membuat laporan polis atas nama dan gambar kamu. Mungkin kau rasa tindakan ini tiada apa-apa sebab kau masih belum tertangkap, TETAPI INGAT nama kau sudah berada dalam senarai suspek dan blacklist! Jika aku berjaya nanti, orang-orang yang sebegini akan aku kuatkan kuasa dengan seadilnya.

No comments:

Post a Comment

ADS