ads

Tuesday 20 August 2013

My pet My Meow : Berkatnya bela kucing

 Image will update soon because of problem with camera and very slow internet connection.
Assalamulaikum semua,
mari kita cakap tentang kucing. Siapa yang ada kucing sila angkat kaki!

comel tak comel tak? (tapi kalau berak atau kencing dah tak comel!)Ini kucing dari kolej, Nia punya ye jangan sentuh! Kalau terjumpa sila pulangkan kepada tuannya. hihi. Ramai kawan2 tanya boleh ke bela kucing kat asrama? jawapannya no answer. Nia pon tak tahu, kalau salah mesti ada dinyatakan di buku peraturan tetapi tiada dalam catatan maksudnya TIDAK HARAM!

Nia bagi nama dia Alfanso de Albuque (tapi Nia panggil Meow je, hikhikhik!)
Kucing ni Nia memang setiap hari bagi dia makan, mandikan dia dan rawatan ringkas. (ko ada?) Kadang terpaksa berkorban duit belanja beli makanan untuk dia. Lepastu kalau dia aktif, bising atau Nia tak bagi dia makan mesti dia gigit dan cakar tangan Nia.
 
Kucing ni masih belum lagi ganas. Inilah akibat seorang penyanyang kucing, tetapi Nia tak kisah pon. Malah, banyak lebih banyak berkat yang kita dapat kalau kita bela kucing ini antaranya

1. Dimurahkan rezeki
2. Setiap kali memberi nafkah kepada kucing akan mendapat pahala
3. Terhapus dosa2 kerana kucing sentiasa mendoakan kesejahteraan tuannya yang berkerimanusiaan
4. Merupakan sunnah Nabi yang penyanyang kucing
  . kucing mempunyai sejenis bacteria yang dapat menghapus kuman merbahaya pada badan manusia. betul ke? lihat sini => kebenaran-islam-mengenai-kucing

bestlah bela kucing,  kucing nilah tempat Nia bermanja dan tempat untuk menenangkan hati yang penuh lara seperti perancangan yang dirancang gagal. Nia pun kadang2 suka tidur dengan Meow sebab berbulu lembut. huhu.

tapi kadang2 pon Nia sakit hati juga dengan Meow ni sebab
1. suka duduk atas keypad Nia menyebabkan butang wifi ter'off'. dah lah nak dapatkan balik wifi susah lepas tu gi matikan pulak. (NI BARU JE LEPAS MATIKAN!)
2.suka gigit, cakar dan berlawan dengan tangan Nia akibatnya kulit Nia calar dan tak cantik dah. Kalau Nia geram Nia lontarkan kuat2 biar padan muka! haha .(kat katil je)
3. pernah satu hari tu Nia bagi keluar dia tak nak, lepas tu Nia bagi makan kenyang2 kat MEOW (sampai perut buncit). Dia aktif semacam seperti panjat sana panjat sini, lompat sana lompat sini. Akibatnya jatuh terus dia terberak! masa tu Nia tengah sibok nak study so tak perasan dia berak bawah katil roomate Nia. Abis laa Nia kena marah dengan bau yang semerbak harum itu. (stupid cat!)
4. kadang2 Meow punya lapar punya lah menyusahkan orang seperti kacau roomate Nia nak makan, lompat sana lompat sini. Jatuhkan barang2 macam lah tak pernah makan sebulan!. Masa tu Nia makan lambat lagi so kena ikut time ni tak melalak tak pasal2 Meow ni.

Kadang Nia paling suka kalau lepas dia makan dia tidur. Aman cikit. Eh tak juga Nia paling suka kalau dia jatuh tiba2 dari katil dan meja (WAKAKAKAKA!) itu laa hiburan Nia untuk mengubat dendam yang terpendam dengan Meow.

Apa2 hal pon Nia tetap sayang kat Meow. Harap2 dengan berkat penjagaan kucing ni sedikit sebanyak dapat membantu Nia mengurangkan dosa dan seterusnya mendapat ihsan di sana nanti.

p/s : gambar nanty Nia updated ye

Saturday 17 August 2013

Review : Black redpome lotion

Hello semua,

Saya masih lagi ada masalah tentang facebook, mereka tak mahu balas email saya >,<. Bebekalkan internet yang sangat slow dan elektrik di sini yang tiada sangat mengstresskan. Jadi saya akan buat quick review tentang BLACK REDPOME LOTION takut kalau tak sempat bateri habis.

Tak tahu apa itu REDPOME?
click di sini

FUNGSI L-GLUTATHIONE :
  • Mengecilkan liang pori-pori
  • Melembut dan melembab
  • Memberi glowing effect
  • Berkesan melindungi kulit dari kemerah-merahan & bintik2 hitam
  • Menghilangkan kulit kusam & menaikkan seri wajah
  • Menyamaratakan tona kulit yg tidak sekata (uneven skin tone)
  • Melindungi dan membantu mencerahkan kawasan gelap di badan seperti bawah lengan dan celah paha
 BLACK POMEGRANATE LOTION
SPF50+++, waterproof, untuk kulit kering dan memutihkan, terlihat shimmering.

Hasilnya sebelum dan selepas
Review : Semasa Nia nak sapu lotion ni terasa macam berair kerana blackpome ini khas untuk skin yang kering. Nampak tak perbezaan sebelum dan selepas? Nampak tangan Nia yang selepas lebih putih dan licin sedikit. Nia bagi rating 8/10. Ketahanan Nia belum tahu lagi. Apa2 hal memang best.

Thursday 15 August 2013

Beauty Haul : Momus Skin Food Club

Hello ladies,

Hari ini Nia agak tertekan sedikit kerana visitors or views kat blog Nia semakin berkurangan kerana facebook Nia yang lama (AIN NIA) disekat oleh facebook disebabkan mereka curiga kalau account itu adalah akaun palsu. Nia sudah beberapa kali cuba email facebook untuk menyelesaikan masalah ini tetapi masih belum ada respond daripada pihak facebook. Dengan berbekalkan kelembapan internet yang selalu error menjadikan masalah semakin rumit. Nasib baiklah beauty haul Nia hari ini sedikit sebanyak meredekan kemarahan Nia.

Pernah dengar tak Momus Skin Food Club? Ia berasal daripada Taiwan tak silap. Ini facebook dan blog tentang produk momus.
https://www.facebook.com/MomusSkinFood?filter=2
 http://momusskinfood.blogspot.com/2009/09/about-momus-skin-food.html

Nia dah cuba cari website dia untuk mencari maklumat yang terperinci tetapi kena hack website dia so itu je lah facebook Nia boleh jumpa tapi tidak dapat mencari keterangan produk ini dalam bahasa Inggeris kerana tulisannya daripada bahasa Taiwan agaknya.

Nia beli sebab comel pulak tengok sample dia lepas tu harganya 2x RM 5. So Nia grab aja lah. Hihi..

Fungsi produk ini Nia tulis berdasarkan interaksi Nia dengan seller. Nia beli produk ni kat Kluang, Johor sebelum balik ke KMP.

Sebelah kanan gambar : momus skin food serum anti ance
sebelah kiri gambar      : momus moist mask

Review tentang produk ini akan Nia update masa akan datang ye. Harap anda sentiasa mengikuti blog saya!

Wednesday 14 August 2013

Cara elak daripada menjadi mangsa buli/ rogol/pau/kejian/penyebar cerita buruk anda/pengkhianat daripada kenalan anda

 Hello semua, Maaf waktu sekarang akaun fb Nia kena block kerana facebook curiga kalau2 Nia menggunakan account palsu. Nia memerlukan masa untuk memperbetulkan keadaan. Harap semua dapat bersabar.

Sebab kenapa Nia tulis entry ini kerana terdapat ramai kenalan2 Nia yang memjadi mangsa seperti tajuk di atas. Nia juga tidak terkecuali daripada mangsa pau, kejian dan penyebar cerita buruk dan alhamdullilah Nia belum pernah jadi mangsa rogol. Dan tidak semua perempuan cantik mempunyai akhlak dan moral yang baik. Tips ini Nia kongsikan agar dapat dijadikan panduan kepada semua orang diluar sana.

Mengapa perlu ada pengkhianat dalam pergaulan?

1. sifat dengki yg wujud
2. iri hati
3. tidak puas hati
4. cemburu
 . berfikiran sempit
 . mungkin anda ada membuat salah kepada mereka

Cara mengenalpasti rakan2 atau kenalan anda yg mempunyai potensi utk menjdi pengkianat

1. mempunyai sikap dan akhlak yang terkeji seperti suka memburukan orang lain, mengeluarkan kata2 kesat,tidak sopan, perangai yang gila2 yang memudaratkan orang lain dan tidak menghormati orang lain. jika sikap dia baik tetapi dia ada perasaan tidak puas hati atau cemburu terhadap anda berkemungkinan berpotensi menjadi gunting dalam lipatan anda. (pernah kena!)

2. selalunya rakan2 yg mmpunyai latarbelakang keluarga yang terlibat dengan gejala negatif seperti dadah, melacur, merempit, lari dari rumah dan minum arak

3. masa silam yang menyedihkan oleh mereka seperti kena rogol, ibu bapa bercerai, kena halau dengan ibubapa, kurang kasih sayang ataupun putus cinta

4. anda sendiri berada dalam kelompok masyarakat yang negatif. masyarakat seperti ini selalunya wujud pada tempat2 yg maju dan berindustri. banyak gejala sosial yang negatif berlaku seperti merompak, kumpulan gangster, perdagangan orang, judi, pergaulan bebas dan sebagainya.

 .sebelum berkawan dengan kenalan anda mungkin anda melalukan kesalahan yang tidak disengajakan pada mereka seperti menganggu teman lelaki atau kenalan mereka atau keluarga mereka menyebabkan mereka menyimpan dendam

 .mereka tidak tinggal dengan keluarga mereka atau jauh daripada keluarga anda kerana lebih mudah mereka untuk mengkianati anda.

ciri2 perempuan yang bakal kena rogol

1. budak2 perempuan bawah umur yang tiada pendirian
2. bersikap mantul dan gedik
3. sering bertukar2 pasangan dalam kelompok pergaulan masyarakat yang sama
4. berpakaian yang sempoi seperti jeans dan tshirt dan berpakaian seperti perempuan jalang
 . tidak mempunyai sifat hormat kepada orang lain dengan kata2 yang kesat
 . bersikap murahan seperti mudah mengikut ajakan kenalan lelaki atau mudah percaya pada orang lain

Cara mengelak daripada terkena pengkianat daripada kenalan anda atau rakan2 anda

1. Berhati2 dalam memilih kawan.
2. Sentiasa menpunyai sifat was2 kepada rakan atau kenalan anda
3. Kenalpasti rakan2 yg brpotensi mempunyai sifat negatif seperti di atas terhadap anda supaya anda setiasa mengambil langkah berjaga2
4. jaga perangai dan adab anda yang boleh menyenangkan hati orang lain seperti menghormati hak orang lain dan bersopan santun
 . ELAKKAN DARI BERCERITA TENTANG HAL PERIBADI ANDA yang boleh dijadikan bahan untuk menjatuhkan
 . elakkan daripada bergaul dalam kelompok masyarakat yang negatif. mungkin segelintir daripada mereka boleh membantu anda tapi KEBANYAKKANNYA mereka lebih membawa kemudaratan kepada diri anda dan sekeluarga.
7. nak senang lebih baik tutup aurat
8. berdoa agar anda dielakkan daripada kes seperti ini berlaku.

Based on pengalaman Nia masa sekolah menengah dulu terdapat RAMAI PENGKHIANAT (this girls is bitch!) Nia yang suka menyebarkan cerita buruk pasal Nia tidak kira laa dia baik atau jahat, yang baik tu berlagak seperti alim2 kalau rasa2 terasa dengan entry Nia ni tahu kan sebab kenapa Nia tak nak add atau berhubung dengan kau lagi. Yang memang perangai buruk tu memang hodoh pon sebab 2 cemburu tengok pencapaian Nia.

Selepas sekolah Nia berkerja dan terjebak dalam sekelompok masyarakat yang negatif daripada rakan2 sekerja. Mesti ada perempuan yang tidak suka atau tidak berpuas hati dengan Nia. Nia tak dapat mengelak daripada terlibat daripada kelompok ini. So based on pengalaman Nia, perempuan gelendangan atau perempuan yang jenis lari dari rumah yang kurang kasih sayang daripada ibubapa atau putus cinta selalunya tidak mempunyai moral yang elok seperti suka menampar dan memukul Nia dengan sesuka hati dan tidak menghormati orang tua Nia. Perempuan seperti ini tidak boleh dijadikan kawan kerana dia hanya wujud apabila waktu kita senang dan mementingkan diri sendiri.

Sebelum masuk ke kolej matrikulasi perlis, Nia ada berkenalan dengan 2 perempuan bercampuran vietman. Mereka ini amat cantik tetapi tidak mempunyai akhlak yang elok seperti suka menyerang orang dan sound2 orang lain di facebook. Mula2 Nia ingat untuk berkawan dengan mereka supaya dapat backup Nia jika Nia mempunyai masalah akan tetapi mereka ini lah harapkan pagar, pagar makan padi. Kalau u yg membaca harap hidup u aman ye (aman lah sangat!) dengan report polis yang dibuat oleh saya dulu and I have your picture.

Jadi, itu semua pilihan anda untuk menjadi wanita yang dihormati atau tidak dihormati. Berubah laa sikap menjadi yang terbaik. Kadang2 pengalaman Nia menjadikan Nia lebih berhati2 dalam memilih kawan dan memberikan motivasi kepada Nia untuk menjadi orang yang berguna dan berjaya.

Tuesday 13 August 2013

Budget shopping : Selepas dapat duit raya

Greetings,..

Hari ini Nia sangat excited kerana dapat tahu yang Nia sudah jadi glitter member kat nuffnang.com. Yay!  Harap semua dapat support Nia ye.

Hari ini Nia akn tunjukkan section budget shopping selepas Nia dapat duit raya. Banyak ke Nia dapat duit raya?? Um rasanya kurang dari RM150 kot tapi apa2 hal harus bersyukur kerana masih ada rezeki yang masuk (duit masyuk.....). Apa yang boleh anda shopping jika mempunyai budget RM150

1. Baju kemeja season RM 40
2. Skinny jeans pink RM 36
3. Kasut berjenama Cartino Sonea RM45
4. Purse RM 15 (nanti saya add gambar)

Jumlah perbelajaan saya ialah RM136. Apa macam cukup tak untuk budget untuk RM150? Hee2.
Boleh lihat post saya sebelumnya untuk budget shopping untuk hari raya.

Saturday 10 August 2013

Cara dan tips pemakaian contact lens / kanta lekap

Assalamualaikum semua..

Bermula pada hari ini Nia sudah sibuk untuk penyediaan peperiksaan pertengahan semester 1. Um sekejap je kan cuti Nia memang rasa tak puas. Lagipun Nia belum study lagi. Hee2. Terima kasih kerana sudi membaca blog Nia ye dan jangan lupa untuk follow dan like blog Nia. Kalau ada sebarang soalan pertanyaan boleh komen di bawah atau hubungi terus ke Facebook ye.

Baiklah, Nia akan terangkan  tips pemakaian contact lens sebelum dan selepas. Gambar nanti Nia update ye sebab tak sempat nak ambil gambar.

Sebelum penggunaan kanta lekap haruslah mendapatkan pemeriksaan dari pakar optik bagi yang memakai cermin mata dan pastikan mengutamakan aspek kebersihan ye. Girls, ini sangat penting! Kalau na cantik mesti kena bersih sebab ada Nia terdengar soretan daripada rakan-rakan Nia yang tidak menanggalkan kanta lekap selama beberapa hari (tidur pun pakai!) dan ada banyak daki-daki yang lekat berpunca daripada penggunaan maskara dan eyeliner akhirnya mata dia luka dan rosak. Eiiiuww sangat pengotor. Oleh itu, kalau you alls seorang yang tidak berapa peka tentang aspek kebersihan tidak digalakkan penggunaan kanta lekap ye. 

1. Cara membuka botol

3. Gunakan benda yang lembut seperti cotton bud untuk mengeluarkan contact lens dalam botol. Elakkan dari menggunakan benda yang tajam kerana akan membuatkan lens terkoyak.

4. Rendam sekurang-kurangnya 6 jam sebelum memakai lens dengan solution yang boleh didapati di kedai cermin mata, farmasi dan drug store (watson/guardian) supaya dapat mengembalikan kelembutan dan keanjalan lens.

5. Setiap kali pemakaian kanta lekap pastikan tangan dicuci bersih bebas daripada sebarang kotoran dan habuk untuk elak daripada ketidakselesaan semasa pemakaian dan elakkan dari jangkitan kuman.

6. Cara pemakaian contact lens dengan menggunakan tangan kanan atau kiri (bagi yang kidal). Pastikan tahu permukaan depan dan belakang. Letak di hujung jari telunjuk (pastikan jari kering dan bersih).

Kanta lebih berbentuk ditunjukkan seperti dalam gambar adalah permukaan depan dan bersedia untuk dipakai. Pemakaian kanta yang terbalik akan menyebabkan ketidakselesaan pada mata dan seterusnya berlaku kerosakan pada selaput mata.

7. Cara pemakaian seperti dalam gambar di bawah.

8. Kemudian urut mata secara perlahan-lahan dengan tuala kecil untuk memberikan keselesaan pada mata.

9. Cara menanggalkan kanta lekap seperti berikut. (pastikan tangan bersih!)

10. Setiap kali pemakaian lens haruslah dicuci dengan solution ye. Caranya menggosok perlahan-lahan dengan jari telunjuk di tapak tangan. Jika solution contact lens anda ada tanda 'no rub' maka perlu bilas sahaja.

Tips penjagaan contact len / kanta lekap :

1) sentiasa basuh tangan dengan air suam dan sabun sebelum kendalikan contact lens atau sebelum sentuh mata anda. sebarang kesan daripada losyen, sabun atau bahan kimia yg boleh melekat pada contact lens akan menyebabkan kesakitan, kepedihan atau penglihatan yang kabur apabila contact lens berada dalam mata. Maka, keringkan tangan anda dengan tuala kecil yang bersih dulu.

2) bersihkan bekas dan contact lens anda selepas setiap kali digunakan. bersih kan dengan menggunakan solution contact lens. jangan sesekali menggunakan air paip sebab kandungan pH tidak sama. Selepas basuh, biarkan ia kering.

3) jika anda merasa sebarang kepedihan atau kegatalan, tanggalkan contact lens dan berhenti dari memakainya sehingga anda bercakap dengan doktor mata anda.

4) jangan sesekali pakai contact lens orang lain, terutamanya jika telah dipakai sebelumnya. guna contact lens orang lain boleh sebarkan apa-apa jangkitan atau zarah dari mata mereka dengan anda.

5) pakai contact lens boleh sebabkan mata anda menjadi lebih sensitif kepada cahaya matahari. pakai cermin mata gelap dengan jumlah perlindungan UV atau topi tepi luas apabila dibawah cahaya matahari.

6) jangan tidur dengan contact lens di mata anda. ketika mata ditutup, air mata tak dapat bawa oksigen yg sihat dengan mata, seperti semasa waktu terjaga.

7) pakai contact lens terlebih dahulu sebelum memakai mekap untuk mengelakkan daripada mencemari lens. manakala, keluarkan contact lens dahulu sebelum menanggalkan mekap.

8) Boleh titiskan dengan eye-mo untuk menjaga kelembapan mata

9) Tidak boleh memakai contact lens melebihi 12 jam

10)Jangan memakai lens di tempat yang mempunyai suhu tinggi seperti waktu memasak/ BBQ/ sauna. Ini kerana lens bersifat lembut ( 42% kandungan air) akan menjadi keras dan akan mencengkam mata.

11)Bagi anda yang ingin penjimatan penggunaan solution, pastikan melebihi paras contact lens tetapi jangan sekali-kali membawanya dipermukaan tidak rata seperti bag kerana apabila contact lens terlekat di atas penutup bekas lens dan tidak terkena solution akan menyebabkan lens mengeras. Jika ingin menyimpan dan membawanya ke mana-mata haruslah cecair solution penuh di dalam bekas lens.

12) Contact lens perlu diganti setiap 3 bulan sekali. 

Macam mana, cerewet tak cara penggunaan contact lens? Memang cerewet. Nia pun rasa leceh tetapi Nia akan memakai contact lens apabila ada event atau nak tangkap gambar untuk post dekat blog. Hee2. Harap tips2 ini membantu ye. Nanti Nia akan membuat review tentang contact lens yang Nia beli.

Friday 9 August 2013

Review : Menyediaan Ibu Kolagen rumpai laut

Salam kepada semua.

Apa itu ibu collegen?

PMC UNGU RUMPAI LAUT CETEK
- Dahan lebih besar dari Rumpai Laut Dalam. lebih Berbau dari Rumpai Laut Dalam. Gred AAA
- Utk kecantikan & kesihatan
- Dicadangkan untuk dimakan

Kenapa Anda Perlu Dapatkan Rumpai Laut :-

    Anda bukan sahaja boleh minum rumpai ini mengikut rasa yg anda inginkan (boleh letak sunquick atau apa2 perisa yg anda nak), malah boleh dibuat MASK pada wajah anda.

    Nilai nutrisi rumpai laut 10X ganda lebih tinggi daripada SIRIP IKAN YU yang bernilai satu mangkuk kecil RM300.

    Khasiatnya sama seperti SARANG BURUNG LAYANG-LAYANG yang bernilai RM400.00 hingga ribuan ringgit.

    24% rumpai laut nya bersamaan 2 keping SARANG BURUNG LAYANG-LAYANG.

    Kalsium 37 kali lebih tinggi daripada hati ikan.

    ANTIOKSIDA 55OX lebih kuat dari vitamin C.

    VITAMIN A 40X lebih hebat dari Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu.

    PROTEIN 21X lebih banyak dari susu.

    OMEGA 3 dan OMEGA 6 – 2326X lebih banyak dari ikan.

KEISTIMEWAAN Rumpai Laut :-

- Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
- Meningkatkan sistem imun dan metabolism badan
- Memejalkan payudara, otot dan punggung
- Menyihatkan rambut dan kuku
- Menguatkan sistem abdomen
- Memelihara kalenjar tiroid – Iodine yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi
kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre (kelenjar thyroid membengkak)
- Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
- Mengurangi selulit
- Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang
- Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
- Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
- Merawat penyakit gout
- Mencegah kanser/tumor
- Menurunkan tekanan darah tinggi
- Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik
- Anti bakteria/kulat
- Merawat anemia
- Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
- Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
- Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit
- Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
- Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka
- Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
- Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
- Menberikan rasa kekenyangan (diet)
- Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)
- Membantu merawat gastrik.
- Bertindak sebagai antikulat dan antibakteria
- Memberi tenaga dan menguatkan sistem  tubuh
- Membantu menstabilkan kandungan gula dalam  darah.

Ada lubang lubang kecil untuk memastikan rumpai laut ini sentiasa kering
Dilihat bermacam macam kebaikan rumpai laut jika mengambilnya secara berterusan. Mari saya tunjukkan cara penyediaan rumpai laut ibu kolagen ini.

1. Basuh sehingga bersih dan rendam semalaman (24 jam)
2. Kemudian bilas lagi
3. Masukkan ke dalam periuk yang berisi air sebanyak 2.5-3 litter
4. Rebus dengan menggunakan api yang paling minimum
7. Boleh bubuh daun pandan untuk mengurangkan bau hanyir
8. Rebus 3 hingga 4 jam supaya rumpai laut hancur dengan sempurna
5. Tapiskan sisa dengan cecair
6. Boleh asingkan dengan 2 bekas untuk dijadikan sebagai masker(sisa) dan minuman/makan terus (jeli) dan terus disimpan ke dalam peti sejuk (bukan yang beku)

Tips penyediaanya :
  • Sukatan air yang tidak cukup menyebabkan rumpai air sukar hancur (terjadi pada saya selama 7 jam rebus baru hancur). 
  • Air rebusan yang mendidih akan merosakkan khasiat rumpai laut jadi suhu tidak melebihi 60 darjah celcius,
Cara buat masker
    Sapu dan biarkan selama 20 hingga 30 minit kemudian bilas ataupun boleh dibiarkan sepanjang malam
    (tak berani nak sapu takut kulit terasa gatal)

Cara penyediakan sebagai minuman

1. Ambil 2 hingga 3 sudu jeli
2. Campurkan dengan pebagai perisa supaya tambah vitamin dan hilangkan bau hanyir (macam Nia campur perisa redpome dan anggur, kadang campur dengan perisa oren dan madu)
3. Campurkan air sejuk atau panas dan kacau hingga pecah jeli itu.

Kemudian minum, rasanya MASAM! tapi Nia memang suka masam2 pon. Hee2. Boleh diminum/dimakan terus sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur pada setiap hari.

Review selepas 4 hari penggunaa 
 Nia rasa kulit glowing memutih sedikit. Harus pakai secara berterusan untuk kesan yang bagus. Disebabkan Nia kena balik ke Kolej pada esok hari jadi terpaksalah Nia kena tinggalkan di rumah kerana tiada kemudahan peti sejuk kerana rumpai laut ini akan basi dan berbau jika tidak disimpan sejuk. Nia bagi je laa dekat ibu dan akak supaya kulit mereka cantik.

Harap cara dan tips ini membantu ye.

Cara membuka penutup botol / bekas yang ketat

Hello semua,

Mungkin anda yang melawati blog saya sedang menghadapi masalah membuka penutup botol yang ketat kerana saya pon menghadapi sama. Tidak kisahlah sama ada botol atau bekas air, botol sos, botol jam dan sebagainya anda cuba membuka sampai merah-merah tangan jadinya kan. Mari saya menunjukkan beberapa kaedah membuka botol / bekas yang ketat bermodelkan bekas kryolan foundation saya yang super little brat!

1. Membukannya dengan getah (getah mempunyai daya geseran yang kuat)

 2. Tidak berjaya? Cuba memanaskan penutup dengan air panas (air panas mempunyai haba yang menyebabkan pengembangan sesuatu objek). Cara ini pernah diajar semasa darjah 4 di sekolah rendah.
3. Masih tidak berjaya jugak??

Akhirnya saya meminta bantuan ayah saya dengan mengunakan apit G dan player boleh laras.

Hee2, semoga anda terhibur dan mendapat tips yang berguna!

Thursday 8 August 2013

SELAMAT HARI RAYA 2013

Assalamualaikum Warahmarullahiwabarakatu.

Apa khabar semua, macam mana dengan Hari Raya, hari yang mulia ini? Adakah hari yang ceria ini bermula dengan sarapan pagi yang menyelerahkan. Semoga anda sentiasa berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. Tidak perlu dikenang orang yang tiada, hanya perlu berdoa dan kalau boleh menziarahi mereka semoga roh mereka dicucuri rahmat kerana itu lah pilihan yang paling tepat

Adakah sarapan anda dengan ketupat rendang seperti ini? Semalam saya dan sekeluarga bertungkus lumus untuk menyiapkan juadah hari raya ini. Maka ini lah hasilnya.

Jangan lupa rutin harian anda sebelum makan ambil segelas ibu collegen rumpai laut ye. Untuk beauty review yang seterusnya saya akan update apabila masa free kerana sekarang sudah sibuk untuk beraya di rumah atuk dan saudara mara dan seterusnya mengulangkaji pelajaran untuk penyediaan peperiksaan pertengahan semester 1 di kolej matrikulasi perlis (KMP).

Alhamdullilah, tahun ini merupakan tahun kemuncak bagi saya dan sekeluarga kerana dapat bersama sama berkumpul untuk meraikan hari lembaran ini setelah beberapa masalah yang dihadapi oleh saya dan ahli ahli keluarga yang lain. Tahun ini baru dapat bergambar bersama sama setelah sekian 10 tahun gambar akhir diambil.

Semoga kamu semua dapat mendoakan kebahagian keluarga kami dan kami pun akan mendoakan kebahagiaan kamu sekeluarga ya.

P/S : Untung jadi student, dapat duit raya. YAY!

Wednesday 7 August 2013

Review : Kryolan SupraColor Foudation

Ok next, saya akan membuat review tentang Krylon SupraColor Foudation. Mungkin semua orang pon dah tahu akan keberkesanan foudation ini dapat menutupi cela-cela dan kulit yang bermasalah seperti saya.

 So Produk ini telah lama digunakan oleh mekap artis Malaysia semenjak 1999 tapi rahsia ini tak pernah diketahui oleh ramai sehingga kini kerana ia sebahagian dari rahsia solekan cantik dan flawless.

Panduan memilih tona warna

Ciri-ciri produk:
  1. oily base- sesuai digunakan oleh org bermasalah spt jerawat, garis2 tua, kulit kasar (big open pores) kerana ia memberikan hasil yg flawless giler
  2. utk org kulit normal & kering amat2 sesuai
Kelebihan menggunakan Kryolan Supracolor Foundation Greast Paint:
  • Memberi kesan kulit muka yang licin
  • Menutup parut jerawat, jeragat & cela
  • Tidak perlu memakai bedak
  • Ringkas, mudah & cepat
  • Sesuai digunakan untuk pengantin, majlis makan malam, photo-shoot dan makeup stage
  • Amat jimat dan hanya dengan sedikit sapukan sahaja sudah mencukupi
  • Sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai kulit normal to kering dan juga not-so oily combination skin.
  • Tahan sehingga 3-5 Bulan. Hanya pakai sedikit dapat meberikan kesan yang menawan.
Tips:
  1. Tidak digalakkan penggunaan harian.
  2. Jangan lupa rutin skincare anda sebelum menggunakan produk ini pada muka anda untuk penjagaan kulit muka yang lebih baik.
  3. Sekiranya anda berhasrat untuk menggunakan produk ini dengan lebih kerap, pastikan anda menggunakan makeup remover dan bersihkan muka anda dengan sebaik mungkin.
  4. Supracolor sama seperti Kryolan tv paint stick. Tetapi Kryolan Supracolor lebih berminyak berbandingKryolanTVPaintstick.                                                                                                                   

Jadi dia pack dalam smaller sample pack 7g like this?

Saya ada masalah dengan pembukaan bekas kecil ini (little brat!) di post ini.

Saya memilih tona 2W iaitu sekala lebih cerah dari natural(3W). Tekstur dia agak lembut dan senang diratakan. Kelihatan tona ini lebih gelap pada warna kulit saya. Tapi apabila memakai, Wallah!

Hilang terus cela-cela, rasa kulit licin dan lebih berseri cuma yang breakout skin sedikit membunjut di pipi kanan. Eiii suka-suka! Probably I will give 5/5 for rating. Yay..Disebabkan kenyataan tips tidak menggalakkan untuk pemakain harian dan perlu dibersihkan dengan makeup remover (kemungkinan formula foundation ini waterproof, sukar hilang dan mengeringkan kulit wajah) maka saya akan menggunakan kyolan ini sebagai concealer cela-cela apabila keluar rumah, juga harga foundation ni agak mahal RM30 jadi dapat menjimatkan penggunaan yew!
Thanks for reading!

Please note : Its all about natural light effect (sunlight). Probably have not edited this picture except for text and combine picture!

Review : Bedak Arab Kokuryu

Mari kita buat review dengan produk yang hot kt fb.
Sorry for stealing your picture!
Saya beli colour Roshelle iaitu cerah sedikit daripada warna nature iaitu Russet.

 Apa itu Bedak Arab menurut templete?

Inginkan wajah lembut, gebu, bercahaya dan berseri2 ? cubalah Kokuryu Super Summer Cake (bedak arab)...dgn pilihan warna yg ssuai utk smua warna kulit...bila dpakai warnanya juga mngikut darah masing2....

Kokuryu Super Summer Cake (bedak arab) didtgkn dgn Kokuryu Beauty Sponge.

Menggunakan teknologi jepun dan dibuat di Filiphine.

Bedak Arab merupakan powder digabungkan dgn krim kecantikan secara saintifik mbentuk powder, foundation,moisturizer dlm satu. Bedak Arab ni kiranya 3 dlm 1.Bedak ini merupakn formula kecantikan yg unik dan sesuai utk semua kulit.Didtgkn dgn warna yg halus, tidak menggelapkan kulit, mampu melindungi jeragat,parut dimuka anda dan senang aje BASAHKAN SPONGE dan terus sapu ke muka anda.

Anda akn kelihatan cantik semulajadi wlpun berjemur di bwh sinaran matahati malah akan melembapkan kulit muka anda.

Akan kelihatan lembut, gebu, bercahaya, berseri, cun dan yang penting terasa ringan di muka (tak melekit lansung!)
 KELEBIHAN BEDAK ARAB:
-halal dan boleh dibawa solat
-harga yg berbaloi dan tahan 3-4 bulan
-3 in 1(powder,foundation n moisturizer)
-tahan selama 8 jam
-bedak ni boleh serap ke dlm kulit dlm masa 1 minit dan mberi kesan semulajadi
-sangatt berkesan bila berpeluh lagi cantik,shining dan glowing
-bedak ni wangi
-bedak ni ikut darah pemakai
-boleh cover kulit bminyak
-melindungi jeragat dan jerawat
-dpt mgecutkan jerawat
-muka semakin gebu dan lembut
-UV protection

bagi wanita2 yang nak tukar bedak compact baru ke atau tercari2 bedak compact mana yang sesuai dengan kulit anda, boleh lah cuba bedak arab ni.

 Keistimewaan Kokuryu Super Summer Cake (Bedak Arab) :
- 3 in 1 (moisturizer, foundation, powder)
Bedak ini 3 dalam 1 (moisturizer, foundation, powder)
** combo yang sangat berbaloi. Ia bertindak sebagai pelembab muka, foundation dan bedak! Sangat menjimatkan masa & wang anda.
- Bedak arab ini mengikut aliran darah kita, tak kira berkulit cerah,gelap,putih & sebagainya. Ia menyerap masuk ke dalam kulit kita, bagi menghasilkan wajah yang cerah dan gebu secara semula jadi serta tona warna kulit kita kelihatan sekata.
- Disebabkan perkara di atas juga, bedak arab ini HALAL dibawa solat. 100% jaminan HALAL dan telah pun diluluskan.
- Percaya atau tidak, bedak arab ini mampu mengecutkan jerawat & boleh cover kulit bminyak.
- Paling hebat sekali, kulit akan bertambah cantik apabila berpeluh (kalau berpeluh hanya ‘dap’kan tisu pada muka)
- Seperti yang disebut di atas, bedak ini tidak melekit dan tidak sama sekali melekat di tisu atau tudung kita.
- Ketahanan bedak arab ini? Sehari boleh tahan sehingga 8 jam, dan satu bedak compact itu boleh tahan sehingga 3 bulan, bergantung juga pada penggunaan kita.
- Berbau wangi.
- Disertakan bersama span yang lembut, mudah dipakai & tidak akan kepam apabila disimpan setelah dibasahkan.

Ok baiklah mari kita lihat bagaimana bentuknya

Bekas Bedak Arab ni senang terbuka jadi kena berhati-hati supaya tidak menjatuhkannya kerana penutupnya sangat longgar. Kalau jatuh memang rugi (sebab Nia memang tak suka kosmetik yang comot2).
Saya pilih warna Roshelle.

Cara penggunaan Bedak Arab dan Span yang ditunjukkan
 
*AIR ADALAH MEDIUM UTAMA*

1. SEBELUM MENGGUNAKAN BEDAKMUKAKOKURYU PASTIKAN KESELURUHAN KOKURYU BEAUTY SPONGE DIBASUH & DIPERAHKAN (Jangan terlalu basah atau terlalu kering, jika tidak, bedak tidak akan melekat pada span)

2. OLESKAN KOKURYU BEAUTY SPONGE PADA PERMUKAAN BEDAK MUKA KOKURYU (bagi penggunaan kali pertama, kokuryu beauty sponge hendaklah ditekan dengan lebih kuat sedikit supaya bedak melekat dengan elok kerana permukaan bedak belum licin dan agak sukar bedak melekat dengan sempurna)

3. KEMUDIAN SAPU BEDAKMUKAKOKURYU KE WAJAH ANDA SEHINGGA BEDAK MENJADI SEKATA DAN MERESAP PADA KULIT

4. SELEPAS GUNA PASTIKAN ANDA BASUH KOKURYU BEAUTY SPONGE BEDAK ARAB TU.. BOLEH BASUH DENGAN PENCUCI MUKA ATAU MANDIAN BAYI (jangan dibiarkan span tidak dibasuh takut kuman melekat, tak elok le nak pakai kat muka kan?)

5. SEMASA BASUH KOKURYU BEAUTY SPONGE HENDAKLAH DIGOSOK-GOSOK BAGI MENGELUARKAN KESAN BEDAK TU, SETERUSNYA BILAS DENGAN AIR BERSIH (selepas basuh pastikan anda lihat KOKURYU BEAUTY SPONGE itu putih bersih seperti sediakala)

6. KEMUDIAN ANGINKAN KOKURYU BEAUTY SPONGE UNTUK BEBERAPA MINIT SUPAYA IANYA KERING SEPENUHNYA SEBELUM DISIMPAN KE DALAM PLASTIK (jangan terus masukkan span yang basah ke dalam plastik bagi mengelak ianya berbau busuk dan berkulat)

7. SELEPAS KOKURYU BEAUTY SPONGE BETUL -BETUL KERING BOLEH MASUKKAN IANYA KE DALAM PLASTIK YANG DAH SEDIA ADA TU (pastikan span & plastik tu jaga elok2 ye)

Tetapi saya ada cara yang lebih ringkas dan cepat untuk digunakan.

Cara penggunaan bedak arab dengan ringkas dan cepat
1. Tadah sedikit air di atas tapak tangan
2. Basahkan span dengan amount air yang digunakan 1/4 dari permukaan span
3. Gunakan span yang 1/4 lembap itu kemudian calit ke bedak arab.

4. Kemudian sapu kepada keseluruhan wajah seperti biasa dengan menggunakan 1/4 span tanpa perlu membasuh span (3/4 boleh digunakan sebanyak 3 kali tanpa membasuh span dan 1/4 permukaan dibiarkan kosong untuk pegangan supaya tidak berlaku jangkitan kuman).
5. Setelah 3 kali penggunaan span dengan permukaan yang berbeza boleh basuh span itu seperti biasa dengan menggunakan sabut cuci pinggan yang anti-bacteria untuk lebih jimat dari menggunakan sabun mandi yang mahal ( kerana cara cuci berus make up pun sama untuk penjimatan cuma tambah sedikit minyak zaitun sebagai conditioner)

Review daripada penggunaan bedak arab :

Ok lah, tidak berminyak, tahan selama 6 jam terasa kulit smooth je dan lebih sekata. Saya memberikan rating 4.5/5 kerana bedak arab ini masih tidak dapat menutup breakout skin dan acne saya dengan sempurna sesuai dengan matlamat acne cover solution. Dan satu lagi disebabkan bekas bedak arab ini longgar jadi sukar untuk saya membawanya dalam purse (untuk touch up) untuk menjaga kualiti bedak tersebut (elak dari pecah dan retak).

Saya harap kamu seronok menjelang Hari Raya Aidilfitri.

P/S : Bibir Nia merah sebab Nia pakai Beauty kiss 3D liptint

Acne Cover Solution

2 Days ago, my skin suddenly breakout into this. >,<

This is because I been using bedak tanaka jasmine on last night.

I am so upset and at the same time I feel very itch on my right cheek. Probably I will not using and purchase again this product!

So I will do review about these product if it can completely cover my breakout skin.
1. Bedak Arab
2. Kyolan supracolor foudation 2W
3. BB cream skin79
4. Pixy

Budget Shopping : Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya!

Tahun ini saya diperuntukkan oleh ayah untuk shopping sebanyak RM200 sahaja. Saya bukanlah seorang yang kaya atau anak tunggal yang kebanyakan diperuntukkan lebih dari RM500++ hanya untuk pakaian dan bukannya barang-barang yang lain. Dengan budget RM200 ini saya akan menunjukkan semua jenis belian yang merangkumi pakaian, kasut dan tudung yang tidak TERHAD untuk Hari Raya tetapi pakain untuk ke kolej dan kasual. Kalau bag budget lain ye kerana saya memang tidak memerlukan bag baru pon untuk tahun ini (save budget!).

Tema saya hari ini adalah warna PURPLE (baru perasan giler purple haha!)

Harga sudah termasuk tawar menawar daripada penjual
1. Baju kemeja RM40
2. Seluar Slack (bundel) RM10
3. Baju kurung RM38
4. Baju kurung RM50
6. Tudung 3 helai RM25
7. Kasut wedge 2 inci RM30
(eh baru perasan number 5 tak ada!)

Jadi jumlah yang saya perbelanjakan adalah RM193 (Please give big Applause!) tidak lebih daripada budget yang diperuntukkan. Kadang-kadang saya juga terliur dengan baju kurung yang berlabu chi dan ber'bling-bling'. Tetapi disebabkan budget yang terhad terpaksa lah saya melepaskan hasrat itu dengan memilih antara yang mana lebih perlu. Secara keseluruhannya saya amat berbangga dengan diri saya kerana perbelanjaan saya untuk hari raya tidak membazir dan sia-sia. (jangan salah paham ye, kalau rawatan rambut dan barang kosmetik penggunaan tahan untuk 6 bulan ke atas dengan menggunakan duit sendiri yang saya kumpul)

Saya harap dengan budget ini membantu kamu semua untuk belanja dengan lebih bijak.

Amaran : Ibu dan ayah kita semakin tua tidak sepatutnya kita menyusahkan mereka. Say I LOVE MY PARENTS.

ADS