ads

Thursday, 8 August 2013

SELAMAT HARI RAYA 2013

Assalamualaikum Warahmarullahiwabarakatu.

Apa khabar semua, macam mana dengan Hari Raya, hari yang mulia ini? Adakah hari yang ceria ini bermula dengan sarapan pagi yang menyelerahkan. Semoga anda sentiasa berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. Tidak perlu dikenang orang yang tiada, hanya perlu berdoa dan kalau boleh menziarahi mereka semoga roh mereka dicucuri rahmat kerana itu lah pilihan yang paling tepat

Adakah sarapan anda dengan ketupat rendang seperti ini? Semalam saya dan sekeluarga bertungkus lumus untuk menyiapkan juadah hari raya ini. Maka ini lah hasilnya.

Jangan lupa rutin harian anda sebelum makan ambil segelas ibu collegen rumpai laut ye. Untuk beauty review yang seterusnya saya akan update apabila masa free kerana sekarang sudah sibuk untuk beraya di rumah atuk dan saudara mara dan seterusnya mengulangkaji pelajaran untuk penyediaan peperiksaan pertengahan semester 1 di kolej matrikulasi perlis (KMP).

Alhamdullilah, tahun ini merupakan tahun kemuncak bagi saya dan sekeluarga kerana dapat bersama sama berkumpul untuk meraikan hari lembaran ini setelah beberapa masalah yang dihadapi oleh saya dan ahli ahli keluarga yang lain. Tahun ini baru dapat bergambar bersama sama setelah sekian 10 tahun gambar akhir diambil.

Semoga kamu semua dapat mendoakan kebahagian keluarga kami dan kami pun akan mendoakan kebahagiaan kamu sekeluarga ya.

P/S : Untung jadi student, dapat duit raya. YAY!

No comments:

Post a Comment

ADS