Ok kali ini merupakan review saya yang pertama tentang fenomena bedak sejuk tanaka yang melanda di fb diperkenalkan oleh Nora Danish. Siapa tak kenal Nora Danish kan yang mempunyai rupawan yang jelita dan kulit yang amat cantik, mulus dan bersih. (jeles sangat >,<).
Fungsi bedak tanaka mengikut warna mengikut templete :-
Hijau (Lemon) – sesuai untuk mencerahkan kulit,merawat jerawat kronik dan kulit pucat
Pink (Rose) – sesuai untuk meningkatkan kolagen kulit dan merawat jeragat
Krim (Original) – sesuai untuk melembapkan kulit,merawat penuaan dan melembapkan kulit
Krim gelap (Ironwood flower) sesuai sebagai pelindung matahari dan mengawal pengeluaran minyak wajah.
Putih (Jasmine) – sesuai untuk merawat ruam, merawat ruam bayi, kulit kering dan gatal-gatal
Saya dan salah seorang daripada roomate saya telah membeli bedak tanaka ini. Saya telah membelinya dulu (jasmine/bekas putih) hampir lebih kurang 6 bulan (baru sekarang na tulis review, hee2) pada harga RM30 seunit (110g). 3 minggu lepas itu harga turun kepada RM20 seunit (lemon/bekas hijau) jadi semua roomate saya pakat2 untuk beli bedak tanaka ini. Pada mulanya saya ingin membeli lemon kerana ia khas untuk jenis kulit saya yang berminyak dan berjerawat. Tetapi disebabkan stok sudah habis maka terpaksalah memilih yang jasmine.
Perbandingan bau antara bekas putih dan hijau adalah pada baunya. Saya lebih menyukai bau jasmine kerana ia berasaskan bau bunga jasmine dan lebih harmoni. Manakala bekas hijau ditentera bau seperti lemon tetapi saya rasa ia lebih kepada bau limau.
Cara pemakaian (2 ways)
1. UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI BEDAK SEJUK
Campurkan dengan sedikit air (jgn terlalu pekat / cair),
kemudian sapu ke wajah. Biar kering 30 minit sebelum di scrub / cuci.
Boleh juga di pakai sepanjang malam sewaktu tidur sebelum dicuci
keesokannya. Boleh tengok seperti di dalam gambar.
2. UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI FOUNDATION
tetapi akhirnya saya menjumpai cara pemakaiannya di youtube. Boleh click linknya di sini
cuma sapukan bedak tanaka secara nipis dan rata ke seluruh wajah menggunakan jari atau span muka yang lembap.
Yang ini saya tidak pasti pemakaiannya kerana bedak ini teksturnya amat rapuh untuk diletakkan ke muka.
REVIEW : Baiklah, pengalaman saya menggunakan Bedak Sejuk Tanaka Jasmine berdasarkan templete selama 6 bulan.
Bedak Tanaka diperbuat daripada sumber alam semulajadi, kayu tanaka (sandalwood tree) yang sangat berkesan untuk :
- Kecutkan jerawat (tiada perubahan pada jerawat)
- Haluskan kulit (saya tidak pasti)
- Cerahkan kulit (sama saya tidak pasti)
- Hilangkan jeragat (???)
- Lembutkan kulit (oh really?)
- Menyejukkan dan mengurangkan minyak di kulit muka (ia menjadikan kulit saya tegang dan agak kering sedikit setelah bangun tidur)
- Pelindung cahaya matahari (tak pernah pakai diluar)
- Selesaikan masalah kulit bukan sahaja di muka tapi boleh digunakan satu badan (tak pernah cuba)
- Kecutkan jerawat (tiada perubahan pada jerawat)
- Haluskan kulit (saya tidak pasti)
- Cerahkan kulit (sama saya tidak pasti)
- Hilangkan jeragat (???)
- Lembutkan kulit (oh really?)
- Menyejukkan dan mengurangkan minyak di kulit muka (ia menjadikan kulit saya tegang dan agak kering sedikit setelah bangun tidur)
- Pelindung cahaya matahari (tak pernah pakai diluar)
- Selesaikan masalah kulit bukan sahaja di muka tapi boleh digunakan satu badan (tak pernah cuba)
Rating : 2/5
Kesimpulanya : Bedak tanaka jasmine ini langsung tidak memberikan sebarang kesan kerana mungkin ia tidak sesuai pada kulit saya. Saya pun sudah beri bedak tanaka ini kepada Emak saya kerana ia mungkin berkesan kepada kulit yang kering dan berjeragat.
TETAPI
Saya telah cuba tebalkan muka untuk memcuba roomate saya punya yang lemon.
Review : First pkai memang terasa pedih yang amat pada wajah terutama sekali pada T zone dan pada jerawat/bekas jerawat terasa amatlah perit. Selama 20 minit juga menunggu kesakitan untuk surut akhirnya pedih surut juga. Setelah bangun pagi, cuci muka barulah terasa kesan yang seperti dinyatakan di atas. Terasa yang bekas benjolan jerawat mengupas dan kulit terasa tegang. Akhirnya saya membuat keputusan untuk memiliki sendiri bedak tanaka ini. Masih lagi harganya RM20. u,u'
Terima kasih kerana sudi membaca. Akan datang saya akan buat review untuk bedak sejuk tanaka lemon. Sekarang ini sedang bekerja dengan arche pearl cream ye ==> arche pearl cream
No comments:
Post a Comment