ads

Tuesday, 6 August 2013

Beauty Haul : Part 1 - Pengalaman pertama barang import kena tahan dengan kastam

Hello semua,

Terima kasih kerana sudi menyinggah ke blog saya ini untuk mengetahui mengenai tahanan barang import atau barang yang dibeli daripada luar negara. Saya tahu ada diantara kamu semua yang sudah mempunyai pengalamankan dan ada sesetengah yang belum boleh membuat sebagai runjukkan.

Saya akan menceritakan bagaimana barang itu ditahan dan cara menuntutnya.

24 Julai 2013, saya mengorder barang-barang kosmetik dan kecantikan daripada Indonesia di tokopedia.com bayar melalui western union dengan menggunakan alamat kiriman ke rumah asal iaitu di Johor. Dalam 5 hari terimalah surat cinta daripada kastam, kata ayah saya kerana saya masih di Perlis. Ayah saya agak bising membebel kerana memerlukan prosedur yang banyak dan leceh untuk menuntut barang tersebut LEBIH-LEBIH lagi ia merupakan barangan yang di bawah akta Farmasi yang memerlukan pemeriksaan terhadap ubat-ubatan dan kosmetik. Saya hanya menebalkan telinga.

tarikh yang tertera lewat sedikit kerana saya baru balik dari Perlis

Saya harap gambar ini membantu untuk menjelaskan bagaimana untuk membuat pelepasan barang daripada kastam. Saya memilih cara yang pertama iaitu datang sendiri untuk menuntut barang tersebut di Pusat Ibu Pejabat PosLaju Johor Bharu di Larkin, Johor Bharu. Barang yang diperlukan adalah kad pengenalan dan invois/resit pembelian.

Pada hari ini barulah saya dapat ke sana dengan kereta yang dipandu oleh ayah tetapi urusan ini diuruskan oleh saya sendiri kerana takut kalau-kalau ayah saya terlibat sama Pegawai Kastam akan mengenakan cukai.

Tibanya di sana, saya memberikan surat yang dikirim oleh Kastam tersebut kepada Pegawai yang ditugaskan. Pegawai tersebut meneliti dan mengambil parcel tersebut. Kemudian, seorang Pegawai Kastam wanita memberikan saya pisau untuk membuka bungkusan kotak tersebut untuk membuat pemeriksaan. Disebabkan bungkusan tersebut penuh dengan barangan kosmetik, Pegawai Kastam itu memanggil Pegawai Farmasi yang bertugas. Pegawai Farmasi tersebut adalah seorang wanita yang masih muda dan agak memahami kehendak saya sebagai seorang wanita yang sukakan barang kecantikkan dan murah.

Selepas habis memeriksa melalui list yang saya berikan terkandung jenis  produk, kuantiti, harga, jumlah, kos penghantaran dan jumlah dalam ringgit Malaysia kurang dari RM400 itu dilepaskan dengan diberikan peluang jika saya masih membeli lagi barang kosmetik import kemungkinan barang tersebut akan dirampas. Tibanya giliran Pegawai Kastam wanita itu untuk memeriksa sekali lagi dan memberi nasihat tentang pelepasan kastam jika membeli barangan kosmetik yang dilarang atau kuantiti jenis produk yang melebihi 8 akan dikenakan cukai sebanyak 10 %.

Selepas habis urusan, pulanglah saya dengan hati yang gembira. Syukur alhamdullilah segala urusan permudahkan oleh Allah.

Beauty haul akan bersambung pada sini ==> part 2 - kosmetik import

Update: So what I wear when I went there? 

Here it is. Just a cute casual.

No comments:

Post a Comment

ADS