ads

Monday, 5 August 2013

Shopping Sakan Raya Part 1 : Rawatan Rebonding dan cara penjagaan rambut rebonding

Yey, balik cuti pertengahan exam selama seminggu je. So dalam kepala ada bermacam-macam plan untuk menyempurnakan kehendak, keinginan, nafsu serta kepuasan untuk hari raya ini. Antaranya saya membuat rawatan rambut!

Lihat laa perbezaannya :

Sebelum : rambut saya ika mayang berombak gitu. Cantik tetapi apabila kena tiup angin terus kusut. Hee2. Lagipun rambut kat hujung sudah kering dan bercabang.

Selepas : rambut saya lurus dan mudah diurus. Gembira sangat.

Saya teringat dahulu kawan tidak guna saya berkata "ko nampak kolot kalau belah tengah!" mulut diorang memang tak ada insurans kan. Tetapi semasa saya diluar ke bank ada orang kata saya sudah berkerja means saya sudah nampak matang. Kalau tak suka juga, jangan risau saya boleh buat seperti ini :

Jadi settle laa masalah ye. Wuu suka sangat pada rambut baru ni. Rasa lembut je dan ringan. Tak rugi  mengumpul RM150 untuk membuat keseluruhan rambut saya yang panjang ni. RM150 antara pakej yang termurah ia termasuklah :
1. Potong rambut (nak adjust rambut biar bagi cantik, buang rambut yang rosak dan bentukan rambut seperti yang kita inginkan)
2. Perkhidmatan cuci rambut
3. Rawatan rebond rambut panjang
4. Treatment

Tips penjagaan Selepas rawatan rebonding :
  1. Jangan mencuci rambut yang baru saja direbonding. Ini supaya ubat kimia pada rambut tidak berkurang bahkan hilang yang mengakibatkan rambut tidak lurus kembali.

  2. Setelah 3-4 hari baru cuci rambut agar ubat boleh meresap dengan baik dan tahan lebih lama. Ketika cucian sebaiknya hindari air panas kerana ia beraksi terhadap ubat pelurus rambut, gunakan hanya air sejuk atau suam saja.

  3. Jangan gunakan pengering rambut. Sebaiknya anda menghindari mungkin menggunakan pengering rambut selesai mandi terutama jika rambut masih basah kerana akan merosakkan kelembapan rambut. Lebih baik keringkan rambut secara semulajadi di tempat yang teduh dan kering.

  4. Ketika mengeringkan rambut sebaiknya dalam keadaan berdiri tegak sehingga rambut tidak mengembang dan menaik.

  5. Disarankan supaya memakai masker rambut seminggu dua kali untuk menjaga kelembabannya. Jika perlu pakai juga penutup rambut untuk menjaga supaya suhunya tetap stabil.

  6. Jangan menggunakan sikat yang bergigi padat, sebaiknya gunakan sikat yang bergigi jarang. Sikat dengan gigi yang padat akan membuat rambut anda mudah putus apatah lagi jika sikat dengan cara yang tidak betul. Sikat yang padat hanya untuk rambut yang sederhana tebal dan kuat ataupun berkutu.

  7. Hindari terkena sinar matahari secara langsung kerana ia boleh merosak rambut rebonding. Jika hendak keluar sebaiknya pakai lah penutup rambut atau payung.

  8. Jangan mengikat rambut terlalu lama dan ketat kerana mengurangi kelurusan rambut. Bagi yang memakai penyepit elakkan dari memutarkan rambut. Caranya dengan memakai getah yang diikat tidak ketat dan sepitkan seperti biasa tanpa memerlukan putaran pada rambut.
Kenapa saya kata rawatan ini antara yang termurah di offerkan pada kedai itu kerana mengikut pengalaman saya ada sesetengah kedai itu membuat tawaran untuk meluruskan rambut katakanlah RM100 untuk rambut pendek dengan menggunakan ubat rebod yang biasa (tiada brand). Kemudian yang paling menyakitkan hati dia mengecas lagi khidmat potongan rambut dan mencuci RM25. Itu belum lagi termasuk treament yang direcommandkan oleh tukang salon itu kena tambah lagi RM30 kerana rambut saya begitu kering. Jadi keseluruhannya RM155 habis hanya kepada rebonding yang tidak puas hati kerana hanya tahan selama 4 bulan.

Tetapi salon yang saya tuju tahun ini sangat berpuas hati kerana dia menggunakan ubat rebonding yang berjenama Shiseido yang terkenal didunia. Jika anda kunjungi ke salon di tempat anda untuk membuat rawatan rebonding, tukang salon akan menyatakan sama ada ingin yang mahal atau ekonomi? Jika tidak anda perlu tanya. Kelebihan ubat rebond yang mahal adalah menjadikan rambut lebih lembut, licin dan bersinar dan tahan lama daripada yang biasa (menurut tukang salon yang sebelum ini saya kunjungi). Sejauh mana kebenarannya biarlah masa yang menentukan.

Biasanya harga ditambah dengan RM40++. Tidak silap saya paket ubat yang digunakan salon itu ialah seperti ini

Kesimpulannya saya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan. Rambut saya terasa lebih licin, bersinar dan lembut berbanding saya membuat rawatan sebelumnya. Rawatan ini berlangsung selama 3.5 jam.

Rating yang diberikan ialah 5/5.

No comments:

Post a Comment

ADS