ads

Showing posts with label cinta. Show all posts

Saturday, 22 February 2014

Cara Memutuskan Hubungan Cinta Dengan Baik

Bercinta lama-lama akhirnya bermasalah dah putus. Ada yang putus secara diam-diam, ada juga putus kerana pihak ketiga. Sebaik-baiknya hendaklah memilih cara yang terbaik agar dapat menimbulkan situasi menang menang.

Bagi anda yang sudah merasakan tidak sesuai lagi dengan kekasih anda atau ingin berpisah, lebih baik mengutarakan secara gentleman. Tidak perlu mencari jalan yang tidak elok misalnya berpacaran dengan orang lain atau mengatakan putus melalui sms. Hal demikian membuatkan kekasih anda berasa marah dan terhina.

Dibawah ini ada beberapa tips untuk anda cara memutuskan hubungan cinta secara baik-baik.

JUJUR
Dengan jujur bermakna anda berusaha menjaga hati perasaan kekasih anda. Bersikap gentleman lah dan bincangkan masalah tersebut dengan baik-baik agar pasangan anda tidak tersakiti.

KITA BOLEH BERKAWAN
Kenapa tidak? Setiap orang pasti sukar untuk membina hubungan baik dengan bekas kekasih, apakan lagi mejadikannya sebagai tempat luahan hati dan perasaan. Walaupun sukar, beberapa orang berjaya mengubah status kekasih menjadi kawan.

JANGAN BERASA TERLALU BERSALAH
Maafkan diri sendiri dan orang lain itu perlu, sebab jika kita tidak kita akan menghadapi rasa bersalah berterusan. Jika anda sudah yakin ingin meluahkan perasaan anda yang sebenar-benarnya, maka anda haruslah berani mengambil risiko. Anda tidak perlu berasa bersalah, kerana lambat atau cepat hal ini akan terjadi.

JANGAN PUTUSKAN DI TEMPAT AWAM
Anda Sebaik-baiknya jangan memutuskan hubungan dengannya di tempat awam, kerana boleh menyebabkan si dia terkejut dan tidak dapat menerima hakikat itu. Maka, pilihlah tempat yang tidak ada sesiapa yang boleh mengganggu anda berdua.

BERIKAN SEDIKIT MASA KEPADANYA UNTUK MENGUNGKAPKAN ISI HATI
Setelah anda mengutarakan isi hati anda sebenar-benarnya, anda juga haruslah memberi kesempatan kepadanya untuk mengungkapkan isi hatinya. Anda jangan mementingkan perasaan peribadi dan yakinkan pasangan anda bahawa dia dapat bertemu pasangan yang lebih ideal untuknya.

So,jangan kita memutuskan kekasih tapi hubungan juga hancur malah menjadi musuh. Jangan sampai seperti memutuskan hubungan tali perasaudaraan. Kesimpulannya, biar putus hubungan cinta tapi jangan sampai putus tali perasaudaraan sesama kita. Terima Kasih

ADS