ads

Thursday 1 January 2015

New Year 2015 : tekad aku

Tiba-tiba aku merasakan diri ku seolah-olah tiada apa tujuan untuk aku hidup. Diriku terasa hina dengan kejahilan diri sendiri. Aku dari dulu sukar diterima masyarakat, walaupun aku merupakan seorang pelajar yang cemerlang atau best student semasa di sekolah rendah, sekolah agama, sekolah menengah, sebagai pelajar matrik dan sekarang bergelar siswa universiti tapi hakikatnya aku merasakan diriku seolah-olah berada dalam awang-awangan. Kehidupan aku lebih bergantung pada masyarakat di luar sana lebih daripada mengutamakan Tuhan yang Maha Pencipta dan keluarga.

Aku terasa malu untuk bersama keluarga kerana aku lebih seronok berada diluar sana, dunia yang penuh keseronokkan tetapi dalam masa yang sama penuh dengan penipuan dan pengkhianatan antara masyarakat yang ku merasakan bahagia apabila bersama mereka.

Hakikatnya mungkin aku ini semua perasaan negetif aku yang sangat menebal dengan kedendaman zaman silam ku dengan penuh kegelapan. Ku merasakan ada masyarakat yang cuba ingin menerimaku kembali dengan membawa diriku ke Sang Pencipta. Aku merasakan keseganan yang menebal dalam diri aku untuk kembali pada-Nya.

Mungkinkah ini semua merupakan hasutan syaitan dan iblis yang menjadikan manusia ego dan lalai untuk menerima ajaran-Nya sampaikan ku memilih lebih selesa melakarkan sendiri jalan aku sendiri tetapi hakikatnya ku merasakan jalanku ini sunyi dan kosong?

Aku kemurungan dan ingin merasakan untuk hidup bersendirian kerana tidak ingin menyusahkan, memberi ketidakan keselesaan kepada masyarakat, tetapi hakikatnya aku masih perlukan perhatian dari mereka sebab itu aku menulis dalam blog ini. Adakah blog ini seperti adalah untuk mereka yang kesunyian atau untuk berkongsi sesuatu dalam kehidupan mereka?

Semua itu terpulang kepada hati masing-masing dan apa tujuan mereka untuk melakarkan laman web sendiri. Aku menghormati keputusan mereka yang mempunyai idea yang tersendiri kerana aku masih tetap mempunyai prinsip dan pendirian tersendiri.

Sekarang aku tekad hidup mencari Sang Pencinta atau aku masih yang dulu?

No comments:

Post a Comment

ADS