ads

Friday 16 January 2015

Ngaku kawan tapi BANGSAT

Assalamualaikum semua,
Ini merupakan post Nia yang mengarang sendiri terhasilnya dari idea para-para sahabat Nia. Terima kasih semua kerana memberi maklumat dan membincangkan isu-isu semasa. Jika anda berminat untuk join group whatsapp kami, sila berikan nama, no tel dan lokasi yang berkenaan. email : meownia95@gmail.com

Akhir-akhir ini, kita biasa sangat dengar masyarakat yang mempunyai masalah seperti kes-kes buli, kawan meyebarkan fitnah, pecah amanah dan sebagainya. Aku juga tidak terkecuali daripada kes-kes ini terjadi dalam diri aku yang pada masa itu aku sangat lurus, jujur, budak-budak, tolol dan stupido. Betul kata ibu ayah aku selalu berpesan agar aku tidak mempercayai rakan-rakan, kawan-kawan atau lebih tepat dikenali sebagai 'pengkhianat' talam dua muka. Cerita tentang rahsia kita tidak boleh diberitahu kepada mereka kerana belum tentu mereka pandai menyimpannya atau lebih tepat, mereka akan menyebarkannya untuk kepentingan diri pada masa kesukaran untuk melindungi diri mereka sendiri.

Sungguh sakit apabila tabiat buruk berlaku apabila seseorang yang aku percaya akan menyimpan rahsiaku tetapi dia lah pecahkan amanah dan dia lah segala-galanya mengetahui tentang diriku padahal dia berserta dengan perencah asam rempah sekali dalam menceritakan perihal diriku.

Mulut orang kita sememangnya tak boleh nak tutup walaupun dengan air mata darah sekalipun gossip buruk kita dan kenangan silam kita tidak boleh dipadam.

"Kita tidak boleh putarkan masa kembali"
Daripada perbincangan, mengapa golongan ini wujud yang suka tikam masyarakat dari belakang? Peribahasa moden 'rambut sama-sama hitam tetapi hati lain-lain' merupakan ayat yang tepat untuk menggambarkan masyarakat di keliling kita. Mereka kelihatan serupa tetapi dalam masa yang sama mereka adalah golongan hipokrit yang tidak akan pernah berpuas hati dengan kita. Kita tidak menyedari akan sebenarnya agenda mereka tersendiri untuk menjatuhkan martabat diri kita.

Mengapa kita melihat orang Cina lebih maju dari orang Melayu berniaga? Tak perlu panjat gunung tinggi-tinggi untuk mendapatkan jawapan, biar aku bertanya kepada kamu semua '' Aku buat bisness ini Insyallah untuk menjadi kaya". Kebanyakkan jawapan yang aku terima? "Alaaa, tak ke mana pun bisness kau tu/ alaa kalau kaya pun bukannya bahagia'' jawapan macam ini yang banyak aku dengar tetapi aku percaya ada juga yang mendoakan kejayaan aku.

Salah satunya mengapa Melayu susah maju adalah penyakit hati seperti sikap iri hati yang menebal, cemburu, tamak jadi terhasilnya hasat dengki dan dendam. Kita melihat mengapa selalunya perniagaan melayu contohnya kedai-kedai makan kawan aku, banyak yang aku dengar tidak sampai beberapa bulan berniaga dah terpaksa ditutup, khabarnya ada orang mengantar sesuatu. Pengantar apa tu supaya kedai mereka nampak sentiasa nampak tutup dari mata pelanggan???

Pembuatan kianat dan jahat tersebut adakah dari golongan kita sendiri, masyarakat Islam? Jadi salah satunya punca yang terjadi adalah berapa ramai yang mengaku dirinya Islam tetapi adalah mereka berpegang kepada sesuatu iaitu al-Quran? Kebanyakkan mereka dilahirkan Islam tetapi sudah lalai dengan pegangan agama dan merasakan diri mereka bagus, sempurna tetapi kitab apakah mereka pegang sekarang? Nauzubillahiminzalik . . .

Kesimpulannya, kita janganlah hidup selalu bergantung harap kepada rakan-rakan kita, betul kata pegawai kaunselor : mereka juga mempunyai masalah yang tersendiri. Kalau boleh elakkan dari memberitahu rahsia dan masalah kita kepada orang lain sebarangan. Ini nasihat kepada diri sendiri juga kerana ramai sekarang manusia yang talam dua muka lagi-lagi daripada pengalaman aku ialah perempuan. Wallahualam.

P/S : that's why aku ramai kawan lelaki dari perempuan, perempuan memang sukar dipercayai. Maaf jika terasa, siapa makan cili dia yang terasa pedasnya.

Amin. . . 

No comments:

Post a Comment

ADS