ads

Tuesday 6 August 2013

Beauty Haul : Contact lens

Hi guys?
Thank you for support me. If you have any question please don't feel ashame to leave a comment below. Right now, I will do the beauty haul on the next received parcel from another seller. It is all about CHEAP CONTACT LENS from korea!

So this seller sent me 2 package in separate ways. I wonder she want to avoid the item from fragile?

  List of item
1. Contact lens 4 pair RM60 (with 2 free gift lens cases)
2. Kryolan 2W 7g RM30
    ~Free Gift~
3. Skynose pro eye mask
4. kinoki patch detox

The total price I have to pay is RM90 (with free postage). Girls, who are dislike to receive the free gifts right?

I bought it from this store ==>RM10 contact lens
Will update soon for the review. Thanks for reading! a,a

Beauty Haul : Part 2 - Kosmetik Import

Baiklah, bersambung kepada beauty haul - kosmetik import.

Bungkusan ini dipacking dengan baik oleh seller. (Give applause!)

Keseluruhan barang-barang ini tiada yang pecah atau rosak semasa penghantaran kerana dibungkus dengan baik.
Cara baca mengikut barisan (dari atas ke bawah) kemudian mengikut lajur (dari kiri ke kanan)

1)  11. Relian Mascara Pink Edition
2)  12. LIYANSHIJIA 24K Gold Mask
3)  13. 24k Active Gold Eye cream
4)  14. Emilay Whitening pills
5)  21. Depilatory hair remover
6)  22. Bedak Tabur skin 79
7)  23. Toner Syahrini
8)  24. Blackpome lotion
9)  31. Serum Gold Whitening collagen adha
10)32. Paket magic white korea
11)33. Golden UnderArm
12)34. BB cream skin 79
13)41. Serum Vit C E Collagen
14)42. DHC eyelaish tonic
15)43. KINOKI gold patch detox
16)44. Beauty Girl Peeling gel

Semua barang-barang ini saya perolehi daripada toko ini ==>Angelina Lee

Emak saya cukup risau hobi saya yang menghabiskan duit untuk barang kosmetik. Tapi nak buat macam mana kan sudah minat.

Secara keseluruhannya daripada belian kosmetik luar negara dapat menjimatkan 2/5 (termasuk kos kiriman ke Malaysia). Penghantarannya selama 5 hari tetapi disebabkan ditahan oleh kastam maka lebih kurang 2 minggu untuk barang sampai. Baiklah, akan datang saya akan cuba update untuk review produk ok.

Beauty Haul : Part 1 - Pengalaman pertama barang import kena tahan dengan kastam

Hello semua,

Terima kasih kerana sudi menyinggah ke blog saya ini untuk mengetahui mengenai tahanan barang import atau barang yang dibeli daripada luar negara. Saya tahu ada diantara kamu semua yang sudah mempunyai pengalamankan dan ada sesetengah yang belum boleh membuat sebagai runjukkan.

Saya akan menceritakan bagaimana barang itu ditahan dan cara menuntutnya.

24 Julai 2013, saya mengorder barang-barang kosmetik dan kecantikan daripada Indonesia di tokopedia.com bayar melalui western union dengan menggunakan alamat kiriman ke rumah asal iaitu di Johor. Dalam 5 hari terimalah surat cinta daripada kastam, kata ayah saya kerana saya masih di Perlis. Ayah saya agak bising membebel kerana memerlukan prosedur yang banyak dan leceh untuk menuntut barang tersebut LEBIH-LEBIH lagi ia merupakan barangan yang di bawah akta Farmasi yang memerlukan pemeriksaan terhadap ubat-ubatan dan kosmetik. Saya hanya menebalkan telinga.

tarikh yang tertera lewat sedikit kerana saya baru balik dari Perlis

Saya harap gambar ini membantu untuk menjelaskan bagaimana untuk membuat pelepasan barang daripada kastam. Saya memilih cara yang pertama iaitu datang sendiri untuk menuntut barang tersebut di Pusat Ibu Pejabat PosLaju Johor Bharu di Larkin, Johor Bharu. Barang yang diperlukan adalah kad pengenalan dan invois/resit pembelian.

Pada hari ini barulah saya dapat ke sana dengan kereta yang dipandu oleh ayah tetapi urusan ini diuruskan oleh saya sendiri kerana takut kalau-kalau ayah saya terlibat sama Pegawai Kastam akan mengenakan cukai.

Tibanya di sana, saya memberikan surat yang dikirim oleh Kastam tersebut kepada Pegawai yang ditugaskan. Pegawai tersebut meneliti dan mengambil parcel tersebut. Kemudian, seorang Pegawai Kastam wanita memberikan saya pisau untuk membuka bungkusan kotak tersebut untuk membuat pemeriksaan. Disebabkan bungkusan tersebut penuh dengan barangan kosmetik, Pegawai Kastam itu memanggil Pegawai Farmasi yang bertugas. Pegawai Farmasi tersebut adalah seorang wanita yang masih muda dan agak memahami kehendak saya sebagai seorang wanita yang sukakan barang kecantikkan dan murah.

Selepas habis memeriksa melalui list yang saya berikan terkandung jenis  produk, kuantiti, harga, jumlah, kos penghantaran dan jumlah dalam ringgit Malaysia kurang dari RM400 itu dilepaskan dengan diberikan peluang jika saya masih membeli lagi barang kosmetik import kemungkinan barang tersebut akan dirampas. Tibanya giliran Pegawai Kastam wanita itu untuk memeriksa sekali lagi dan memberi nasihat tentang pelepasan kastam jika membeli barangan kosmetik yang dilarang atau kuantiti jenis produk yang melebihi 8 akan dikenakan cukai sebanyak 10 %.

Selepas habis urusan, pulanglah saya dengan hati yang gembira. Syukur alhamdullilah segala urusan permudahkan oleh Allah.

Beauty haul akan bersambung pada sini ==> part 2 - kosmetik import

Update: So what I wear when I went there? 

Here it is. Just a cute casual.

Review : Gold Redpome Cleanser

Assalamualaikum semua?

Alhamdullilah akhirnya dapat juga saya teruskan penulisan saya pada blog ini tanpa sebarang ancaman atau kata-kata yang mengesatkan. Semoga kepada para pembaca akan mengikuti blog saya dan mendapat info terkini tentang produk kecantikan yang ditawarkan.

Saya akan membuat review tentang produk  Gold Redpome Cleanser. Siapa tak kenal Redpome buatan dari korea kan dirumuskan khas untuk pencerahan kulit. Ia terdiri daripada cleanser, scrub, peeling gel dan yang paling hot adalah lotion.

Mengikut daripada pautan gambar-gambar ini mengikut tarikh-tarikh yang tertera, saya telah menggunakan produk selama hampir 2 minggu daripada tarikh pembelian. Hasilnya amat lumayan.

Fungsi penggunaan mengikut maklumat yang dinyatakan di internet :
- Mampu membersihkan sampai kedalam pori-pori
- Dapat digunakan pada tubuh & wajah
- MEMUTIHKAN dengan sempurna
- mengencangkan
- menghilangkan pori-pori yang besar
- mengurangi jerawat (wajah maupun ditubuh yg lainnya, cntoh : punggung)

Cara penggunaan :
- Gunakan dengan tubuh basah (setelah scrub / mandi bersih)
- Oleskan Cleanser ke seluruh tubuh layaknya maskeran
- Pijat dengan lembut
- Biarkan 5 – 10 menit
- Bilas dengan air
- Bisa digunakan di wajah
Ataupun digunakannya seperti pakai
sabun mandi / sabun cuci muka

gambar sebelum dan selepas penggunaan
Lihat perbezaannya antara sebelum dan selepas. Saya menggunakannya sekali setiap hari pada badan dan 2 kali seminggu di muka. Sebelum ini kulit saya berminyak ,jerawat menjadi bengkak dan bekas jerawat nampak nyata. Yang seronoknya lepas 10 hari pemakaian KULIT SAYA TIDAK BERMINYAK lagi! YAY even bangun tidur pun masih tiada minyak! ini kerana emas mempunyai sesuatu yang dapat menimbangkan pengeluaran minyak pada kulit. Lagi kulit saya menjadi cerah dan bekas-bekas jerawat pun nampak pudar.

TETAPI disebabkan kulit saya sudah bebas daripada minyak, kulit saya menjadi kering dan menegang. Jadi terpaksa saya sentiasa memakai pelembap untuk mengurangkan regangan. Lagi satu kulit saya mengupas, mengikut daripada seller, mungkin kulit saya banyak sel kulit mati sebab itu mengupas jadi saya hadkan 4 hari sekali pemakaian di muka cuma jerawat masih tumbuh tidak membengkak seperti dulu. Hasilnya memang best!

Please note : Its all about natural light effect (sunlight). Probably have not edited this picture except for text and combine picture!

Beauty Haul - 5 Ogos 2013

Hi, hello uolls...

Today I am so excited about my received parcel.

I had purchase it last Friday night (2/8/2013). The seller ask me to make a payment before Saturday after that she want to BERHARI RAYA yoy so I immediately made a payment through my roommate's online bank in.

I bought the local product which are hot selling and had heard many good things about it at facebook nor blog so I decide to bought it and experiences myself.

Based on photo :
1. Arche Pearl Cream 3g RM10 (Review)
2. Bedak Arab Roshelle 50g RM40 (Review)
3. Bedak sejuk Tanaka Lemon 110g RM20 (Review)
    ~Free Gift~
4. Naturgo Shisheido mask
5. Eyeliner
6. La-Bonita Lipstik

The total price I had to pay is RM70 with free shipping. I bought from here ==>Bedak Arab
I can't wait to make review about all the products. Yay!

Monday 5 August 2013

Review : Kiss Beauty 3D lip tint dan cara pemakaian

Hello semua,

Maaf kerana lambat untuk meng'update' post review ini. Hari ini Nia tidak berapa sihat dengan batuk dan sakit tekak menjadikan bibir Nia kering untuk membuat review liptint ini dengan menggunakan kamera yang lebih berkualiti. Jadi Nia terpaksa guna gambar lama yang kualitinya rendah. Harap semua tidak kisah ye dengan kecil tomel ini.

Tentang Kiss Beauty  3D liptint asal dari Thailand, mungkin ada segelintir dari uolls semua tidak tahu apa itu liptint kan. Liptint tu macam pewarna yang akan stain (melekat pada bibir) apabila pakai. Ciri dan fungsi  liptint ini lebih kurang sama seperti liptint Odbo:

- Liptint boleh  tahan 4 – 6 jam.
- Liptint berbentuk cair dan berwarna.
- Liptint sangat terkenal dan dipakai oleh artis-artis Korea.
- Dengan pemakaian teratur bisa membuat bibir berwarna pink alami.
- Lip tint ini tidak membuat bibir kering karena mengandung stiva extract and jojoba.
- Diperkaya dengan Vitamin E, melembabkan bibir secara alami, bisa bertahan sampai seharian.
- Kalau pakai lip tint, bibir jadi berwarna tapi tidak terasa berat seperti memakai lipstick, lebih ringan dan tampak alami.
- Lip tint yang bagus juga jauh lebih tahan lama daripada lipstik. Warnanya tidak akan hilang walaupun dipakai saat makan dan minum.

 Kelebihan Lip Tint
1. Warna semulajadi dengan pemakaian secukupnya
2. Warna yang kekal di bibir, tidak mudah luntur meskipun setelah makan / minum 

3. Packaging yang kecil sehingga mudah di bawa kemana mana namun pemakaian tahan lama (1 - 2 Bulan)
4. Dapat digunakan sebagai pemerah pipi 

Cara pemakaian ada 2 cara iaitu nampak semulajadi atau macam lipstick.

Cara untuk nampak semulajadi
  1. Dot kan beberapa dot di bibir, terpulang kepada kepekatan yang anda inginkan.
2. Kemam bibir tersebut. 
3. Kemudian gunakan jari untuk meratakan warna.

Mari kita buat review tentang tecik, tomel ni.

 Dia ada 3 pilihan warna iaitu oren, pink dan merah. Boleh lihat kat bawah ye.

Kesimpulannya, review Nia tentang liptint ini warna tahan selama kurang dari 4 jam sahaja. Liptint ini tidak melembapkan bibir dan tidak juga mengeringkan tetapi bagi yang bibir kering atau sensitive haruslah pakai pelembab bibir sebelum memakain liptint ini. Saya memberikan rating kepada liptint ini ialah 4/5 sebab kadang-kadang ia mengeringkan bibir.

Cara Nia organisasi koleksi liptint Nia.

Comel kan? Jumpa lagi!

Shopping Sakan Raya Part 1 : Rawatan Rebonding dan cara penjagaan rambut rebonding

Yey, balik cuti pertengahan exam selama seminggu je. So dalam kepala ada bermacam-macam plan untuk menyempurnakan kehendak, keinginan, nafsu serta kepuasan untuk hari raya ini. Antaranya saya membuat rawatan rambut!

Lihat laa perbezaannya :

Sebelum : rambut saya ika mayang berombak gitu. Cantik tetapi apabila kena tiup angin terus kusut. Hee2. Lagipun rambut kat hujung sudah kering dan bercabang.

Selepas : rambut saya lurus dan mudah diurus. Gembira sangat.

Saya teringat dahulu kawan tidak guna saya berkata "ko nampak kolot kalau belah tengah!" mulut diorang memang tak ada insurans kan. Tetapi semasa saya diluar ke bank ada orang kata saya sudah berkerja means saya sudah nampak matang. Kalau tak suka juga, jangan risau saya boleh buat seperti ini :

Jadi settle laa masalah ye. Wuu suka sangat pada rambut baru ni. Rasa lembut je dan ringan. Tak rugi  mengumpul RM150 untuk membuat keseluruhan rambut saya yang panjang ni. RM150 antara pakej yang termurah ia termasuklah :
1. Potong rambut (nak adjust rambut biar bagi cantik, buang rambut yang rosak dan bentukan rambut seperti yang kita inginkan)
2. Perkhidmatan cuci rambut
3. Rawatan rebond rambut panjang
4. Treatment

Tips penjagaan Selepas rawatan rebonding :
  1. Jangan mencuci rambut yang baru saja direbonding. Ini supaya ubat kimia pada rambut tidak berkurang bahkan hilang yang mengakibatkan rambut tidak lurus kembali.

  2. Setelah 3-4 hari baru cuci rambut agar ubat boleh meresap dengan baik dan tahan lebih lama. Ketika cucian sebaiknya hindari air panas kerana ia beraksi terhadap ubat pelurus rambut, gunakan hanya air sejuk atau suam saja.

  3. Jangan gunakan pengering rambut. Sebaiknya anda menghindari mungkin menggunakan pengering rambut selesai mandi terutama jika rambut masih basah kerana akan merosakkan kelembapan rambut. Lebih baik keringkan rambut secara semulajadi di tempat yang teduh dan kering.

  4. Ketika mengeringkan rambut sebaiknya dalam keadaan berdiri tegak sehingga rambut tidak mengembang dan menaik.

  5. Disarankan supaya memakai masker rambut seminggu dua kali untuk menjaga kelembabannya. Jika perlu pakai juga penutup rambut untuk menjaga supaya suhunya tetap stabil.

  6. Jangan menggunakan sikat yang bergigi padat, sebaiknya gunakan sikat yang bergigi jarang. Sikat dengan gigi yang padat akan membuat rambut anda mudah putus apatah lagi jika sikat dengan cara yang tidak betul. Sikat yang padat hanya untuk rambut yang sederhana tebal dan kuat ataupun berkutu.

  7. Hindari terkena sinar matahari secara langsung kerana ia boleh merosak rambut rebonding. Jika hendak keluar sebaiknya pakai lah penutup rambut atau payung.

  8. Jangan mengikat rambut terlalu lama dan ketat kerana mengurangi kelurusan rambut. Bagi yang memakai penyepit elakkan dari memutarkan rambut. Caranya dengan memakai getah yang diikat tidak ketat dan sepitkan seperti biasa tanpa memerlukan putaran pada rambut.
Kenapa saya kata rawatan ini antara yang termurah di offerkan pada kedai itu kerana mengikut pengalaman saya ada sesetengah kedai itu membuat tawaran untuk meluruskan rambut katakanlah RM100 untuk rambut pendek dengan menggunakan ubat rebod yang biasa (tiada brand). Kemudian yang paling menyakitkan hati dia mengecas lagi khidmat potongan rambut dan mencuci RM25. Itu belum lagi termasuk treament yang direcommandkan oleh tukang salon itu kena tambah lagi RM30 kerana rambut saya begitu kering. Jadi keseluruhannya RM155 habis hanya kepada rebonding yang tidak puas hati kerana hanya tahan selama 4 bulan.

Tetapi salon yang saya tuju tahun ini sangat berpuas hati kerana dia menggunakan ubat rebonding yang berjenama Shiseido yang terkenal didunia. Jika anda kunjungi ke salon di tempat anda untuk membuat rawatan rebonding, tukang salon akan menyatakan sama ada ingin yang mahal atau ekonomi? Jika tidak anda perlu tanya. Kelebihan ubat rebond yang mahal adalah menjadikan rambut lebih lembut, licin dan bersinar dan tahan lama daripada yang biasa (menurut tukang salon yang sebelum ini saya kunjungi). Sejauh mana kebenarannya biarlah masa yang menentukan.

Biasanya harga ditambah dengan RM40++. Tidak silap saya paket ubat yang digunakan salon itu ialah seperti ini

Kesimpulannya saya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan. Rambut saya terasa lebih licin, bersinar dan lembut berbanding saya membuat rawatan sebelumnya. Rawatan ini berlangsung selama 3.5 jam.

Rating yang diberikan ialah 5/5.

Review : Bedak Sejuk Tanaka / thanaka jasmine

Hello dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat. Hari ini saya tidak tidur malam kerana mahu menyiapkan post ini. Agak lambat kerana saya masih kekok lagi dalam penulisan blog.

Ok kali ini merupakan review saya yang pertama tentang fenomena bedak sejuk tanaka yang melanda di fb diperkenalkan oleh Nora Danish. Siapa tak kenal Nora Danish kan yang mempunyai rupawan yang jelita dan kulit yang amat cantik, mulus dan bersih. (jeles sangat >,<).

Fungsi bedak tanaka mengikut warna mengikut templete :-

Hijau (Lemon) – sesuai untuk mencerahkan kulit,merawat jerawat kronik dan kulit pucat
Pink (Rose) – sesuai untuk meningkatkan kolagen kulit dan merawat jeragat
Krim (Original) – sesuai untuk melembapkan kulit,merawat penuaan dan melembapkan kulit
Krim gelap (Ironwood flower) sesuai sebagai pelindung matahari dan mengawal pengeluaran minyak wajah.
Putih (Jasmine) – sesuai untuk merawat ruam, merawat ruam bayi, kulit kering dan gatal-gatal

.
Saya dan salah seorang daripada roomate saya telah membeli bedak tanaka ini. Saya telah membelinya dulu (jasmine/bekas putih) hampir lebih kurang 6 bulan (baru sekarang na tulis review, hee2) pada harga RM30 seunit (110g). 3 minggu lepas itu harga turun kepada RM20 seunit (lemon/bekas hijau) jadi semua roomate saya pakat2 untuk beli bedak tanaka ini. Pada mulanya saya ingin membeli lemon kerana ia khas untuk jenis kulit saya yang berminyak dan berjerawat. Tetapi disebabkan stok sudah habis maka terpaksalah memilih yang jasmine.

Perbandingan bau antara bekas putih dan hijau adalah pada baunya. Saya lebih menyukai bau jasmine kerana ia berasaskan bau bunga jasmine dan lebih harmoni. Manakala bekas hijau ditentera bau seperti lemon tetapi saya rasa ia lebih kepada bau limau.

Cara pemakaian (2 ways)
1. UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI BEDAK SEJUK 

Campurkan dengan sedikit air (jgn terlalu pekat / cair), kemudian sapu ke wajah. Biar kering 30 minit sebelum di scrub / cuci. Boleh juga di pakai sepanjang malam sewaktu tidur sebelum dicuci keesokannya. Boleh tengok seperti di dalam gambar.

2.  UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI FOUNDATION 
cuma sapukan bedak tanaka secara nipis dan rata ke seluruh wajah menggunakan jari atau span muka yang lembap. 
Yang ini saya tidak pasti pemakaiannya kerana bedak ini teksturnya amat rapuh untuk diletakkan ke muka.

tetapi akhirnya saya menjumpai cara pemakaiannya di youtube. Boleh click linknya di sini 

REVIEW : Baiklah, pengalaman saya menggunakan Bedak Sejuk Tanaka Jasmine berdasarkan templete selama  6 bulan. 

Bedak Tanaka diperbuat daripada sumber alam semulajadi, kayu tanaka (sandalwood tree) yang sangat berkesan untuk :
 - Kecutkan jerawat (tiada perubahan pada jerawat)
- Haluskan kulit (saya tidak pasti)
- Cerahkan kulit (sama saya tidak pasti)
- Hilangkan jeragat (???)
- Lembutkan kulit (oh really?)
- Menyejukkan dan mengurangkan minyak di kulit muka (ia menjadikan kulit saya tegang dan agak kering sedikit setelah bangun tidur)
- Pelindung cahaya matahari (tak pernah pakai diluar)
- Selesaikan masalah kulit bukan sahaja di muka tapi boleh digunakan satu badan (tak pernah cuba)

Rating : 2/5
Kesimpulanya : Bedak tanaka jasmine ini langsung tidak memberikan sebarang kesan kerana mungkin ia tidak sesuai pada kulit saya. Saya pun sudah beri bedak tanaka ini kepada Emak saya kerana ia mungkin berkesan kepada kulit yang kering dan berjeragat. 
TETAPI

Saya telah cuba tebalkan muka untuk memcuba roomate saya punya yang lemon.

Review :  First pkai memang terasa pedih yang amat pada wajah terutama sekali pada T zone dan pada jerawat/bekas jerawat terasa amatlah perit. Selama 20 minit juga menunggu kesakitan untuk surut akhirnya pedih surut juga. Setelah bangun pagi, cuci muka barulah terasa kesan yang seperti dinyatakan di atas. Terasa yang bekas benjolan jerawat mengupas dan kulit terasa tegang. Akhirnya saya membuat keputusan untuk memiliki sendiri bedak tanaka ini. Masih lagi harganya RM20. u,u'

Terima kasih kerana sudi membaca. Akan datang saya akan buat review untuk bedak sejuk tanaka lemon. Sekarang ini sedang bekerja dengan arche pearl cream ye ==> arche pearl cream

Thursday 11 July 2013

PART 2 - Pengalaman di KMP

hi semua, sudah baca part 1 tawaran ke KMP?

Sejujurnya, sudah lebih sebulan aku berada di KMP. SECARA keseluruhannya memang daaa best! Aku nak kaitkan sedikit Teori 2 faktor Herzberg dalam pengurusan perniagaan yang baru aku pelajari dalam bab 5, keperluan manusia terbahagi kepada faktor penjagaan dan faktor motivasi. Faktor penjagaan adalah jika keperluan asas dipenuhi akan memberikan keselesaan dan ketentraman kepada kita sebagai pelajar. Antara keperluan asas ialah kemudahan makan, minum, tempat penginapan, suasana pembelajaran dan kaedah pengurusan di KMP ini sangat mantap.

Makanan di kafeteria adalah sangat murah dan sedap terutama sekali di kafe Bang Din memang terkenal dan banyak tumpuan dekat sana. Tempat penginapan, nasib baik aku di tingkat 3 dan blok aku di tengah-tengah so tiada masalah nyamuk atau CHARLIE ye. (kecuali nyamuk akan datang jika pintu sentiasa terdedah pada waktu malam) hehe..Kawan kat kelas pon best supporting tak gedik sangat dan tak skema sangat (jusr beberapa orang ini aku rasa mcm tak selesa tapi nasib baik dia group satu lagi. Lepas tu suasana pembelajaran aku dalam dlam aliran perakaunan ini ada Kuliah dan Tutorial. Jadual sangat FLEKSIBLE sebab tidak seketat aliran sains ( which habis sampai pukul 5) kalau aliran perakaunan ada masa pukul 3 sudah habis kelas so boleh relaxs laa or study. Ini cerita bukan nah memburukkan lah tetapi apa yang aku dengar daripada keluhan roomate aku, oleh sebab kt KMP ini majoriti 5/6 adalah aliran perakaunan jadi segala aktiviti, perjumpaan apa-apa kelab mesyuarat atau urusan pejabat yang KMP buat adakalanya melibatkan pukul 4 ptg - 5 ptg, so kalau diorang ada kelas sampai pukul 5, tak ada peluang untuk berjawat jawatan tinggi sebab dikongker oleh kitorang, Lepas tu peluang diorang na berurusan pejabat pon terbantuk. Diorang seperti sedikit dianaktirikan. Itu yang aku dengar lah.

Aku rasa sangat beruntung laa aku pilih bidang perakuanan ini sebab memang bidang yang minat berbanding masa form 5 aku amik sains tulen, diri aku dan keputusan aq SGT tidak menyerlah sbb aku tak minat lgpon susah kan nak hafal konsep-konsep dalam istilah sains ni dah laa dalam bahasa inggeris kan. Aliran Perakaun ini na dikatakan SENANG kalau rajin belajar secara berterusan dan Pensyarah yang mengajar pun aku masih boleh terima. Okey, berbalik kepada faktor penjagaan yang aku terangkan tadi, jika faktor ini sudah dilengkapi mesti kita ada semangat nak belajar, betul tak?

Ini dipanggil faktor Motivasi. Aku daa selesa kt KMP ini kadang-kadang rasa malas na balik Johor, dah laa jauh kan lepas tu aku contact dgn ibubapa pon seminggu sekali dan setiap kali kalau aku ada masalah. Tak macam member2 aku yang 'homesick' diorang selalu rasa nak balik rumah sebab mungkin tak selesa kot kat KMP seperti nyamuk or lain2 faktor yang lain. Jadi pembelajaran diorang pon tidak setandinglah dengan mereka yang selesa tu. hehe..

so mmg terbaiklah aku duduk kt KMP ini. Jadi kalau nak tanya  soalan jangan malu2 k berserta menghormati sensitivti orang lain. Ok aku akan menceritakan pengalaman aku kt kmp ini lain kali.

PART 1 - TAWARAN KE KOLEJ MATRIKULASI PERLIS(KMP) sesi 2013/2014

Yeahh, akhirnya tiba saat aku tertunggu selama ini. Jeng-jeng-jeng, TAHNIAH ANDA BERJAYA DITERIMA KE MATRIKULASI.............wait....wait...what? PERLIS? oh tidak, jauh tu dari selatan..apa laa nasib aku dapat pergi ke matik perlis? dah laa aku duduk johor kan kenapa tak dekat-dekat seperti kat Muar Johor, N. Sembilan dan Selangor, dan kenapa mesti ke hujung utara? Macam-macam lah anggapan negatif aku yang muncul kat pemikiran aku. Adakah selesa aku berada di sana, adakah kawan-kawan di sana baik-baik, adakah aku boleh bersaing di sana?

bersambung ke part 2

TAHUN 2013 - luahan hati mangsa

Blog ini dibuat khas untuk aku berkongsi pengalaman manis dan pahit hidup aku yang tak seberapa dan yang paling penting apa pengajaran yang aku dapat sebagai panduan kepada semua pembaca agar tidak mengambil langkah yang salah dalam kehidupan selepas zaman persekolah kerana dahulu saya juga bukanlah seorang yang baik. Saya harap dengan adanya blog ini dapat meningkatkan semangat saya untuk terus langkah maju ke hadapan serta dapat melupakan peristiwa-peristiwa lama. Semoga para pembaca terus menyokong saya ya..:) 

Baiklah saya akan menceritakan serba sedikit kenangan buruk saya yang saya sendiri ingin melupakan dan pengajaran yang saya dapat. Pada awal bulan Feb 2013, saya telah dikianati oleh 'kawan baru yang saya kenali'. Perempuan ini (gelaran bagi saya kurang respek kepada mereka) rupanya menyimpan dendam kepada saya kerana saya mendapat perhatian lebih daripada bos saya semasa saya bekerja sambilan. Saya dapat perhatin bukanlah kerana saya ada 'scandle' dengan bos tetapi atas sebab kerajinan saya. Jadi, perempuan ini bijak memancing saya dengan mengajak saya melawat ke tempatnya untuk menyambut harijadinya. Saya menganggap dia sebagai rakan sekerja kerana majikan yang sama.

Pada mulanya, dia memberikan layanan yang biasa dan mesra dengan beriya mengajak saya untuk bermalam ke tempatnya. Selepas kami selesai puas berparti dan berseronok dia menyatakan hasrat bahawa dia ingin mengajak saya untuk menemaninya ke kedai makan untuk membeli makan. Saya hanya menurut katanya. Kemudian dia telah membawa saya ke suatu tempat gelap dan sunyi. Saya pelik kerana mengapa dia mengajak ke tempat begini bersama seorang perempuan dan 3 orang lelaki yang lain. Dia dan perempuan itu merancang untuk membelasahi saya. Menurutnya dia tidak puas hati atas tiada gaji yang diberikan oleh majikan saya kerana lebih tertumpu kepada gaji saya. Sungguh tidak releven alasannya kerana selama ini dia tidak berkerja dengan betul untuk mendapatkan jualan jadi macam mana hendak ada gaji kan? Kemudian, kawannya yang seorang lagi juga menyatakan rasa tidak puashatinya kepada saya iaitu pasal ex-boyfriendnya. Rupaya saya tidak sedar bahawa semasa saya berseronok, saya ada berkenalan dengan salah seorang lelaki dari situ. Lelaki itu mengoda saya untuk melayaninya. Saya hanya turut kemahuannya. Tidak sangka ia tidak menyenangkan pihak yang berkenanaan.

Maka, bermulanya agendanya untuk memukul, mengkeji dan mengherdik saya. Saya ingin berlawan tetapi saya hanya mengalah takut jika 3 orang lelaki ini akan menyentuh saya. Selepas puas agende mereka termasuk meludah dan mencederakan saya sehingga baju saya koyak dan kasut rosak, mereka mengambil semua duit saya dan barang yang berharga seperti henset hasil daripada titik peluh saya sendiri. Kemudian mereka meninggalkan saya berseorang. Saya masih rasa bersyukur kerana tidak disentuh oleh 3 orang lelaki ini yang hanya menuruti meperlihatkan aksi kejam perempuan-perempuan ini. Saya dapat pulang ke rumah melalui seseorang yang saya kenali tetapi dia juga ingin mengambil kesempatan ke atas saya. Saya terus pulang ke rumah dan juga dimarahi oleh mak ayah. 

Saya sungguh tidak sangka perempuan bertalam dua muka ini mengkianati saya. Patutlah suaminya bercerai dengannya. Walaupun sudah mempunyai seorang anak pada usia muda tetapi sifat kematangan dan keibuan masih belum ada dalam perempuan ini. Sejujurnya perempuan ini sangat cantik daripada saya tetapi apa gunanya jika muka yang cantik tetapi dalaman buruk?

Konslusinya, apa pengajaran yang saya dapat dan mungkin merupakan tips ialah :-

Berhati-hati memilih kawan terutama sekali jika kamu berkerja di persekitaran golongan bawahan yang tidak mempunyai moral yang baik. Jika kamu rasa mereka mempunyai sama kepala dengan kamu contohnya gila-gila, laki langgar dan ada nilai-nilai negatif yang lain tetapi kita tidak tahu latar belakang mereka serta hati dan perasaan hasad dengki mereka. Jika kamu semua berjumpa dengan kawan-kwan sebegini saya nasihatkan ELAKKAN. Sebab kebanyakkan mereka memberikan keburukan lebih daripada kebaikan.

Akhir kata elok berkawan dengan orang yang baik walaupun mereka mungkin tidak sama dunia dengan kita. Saya berharap ssuatu hari nanti perempuan-perempuan ini mendapat balasan yang setimpal. Jika kamu adalah salah seorang daripada saya nyatakan, inilah luahan hati saya kepada kamu. Semoga kamu hidup dengan apa yang kamu buat dekat dunia ini. Jangan ingat  aku getar dengan gegaran kamu dan jangan kau berharap kau boleh lepas apa yang kau dah buat. Sejujurnya ibubapa aku sudah membuat laporan polis atas nama dan gambar kamu. Mungkin kau rasa tindakan ini tiada apa-apa sebab kau masih belum tertangkap, TETAPI INGAT nama kau sudah berada dalam senarai suspek dan blacklist! Jika aku berjaya nanti, orang-orang yang sebegini akan aku kuatkan kuasa dengan seadilnya.

Thursday 29 November 2012

REVIEW : Aiken Tea Tree Oil Product

Hi ladies, today i'm gonna show u about my experience using this product. Taadaa...

Yup, I bought it all aiken tea tree oil brand for my skin care from gruadian. There have

1) Facial cleanser 100ml RM 9.90
2) Pore refining toner 75ml RM 5.00
3) Daily moisturising lotion 75ml RM 9.00
4) 100% pure tea tree oil 10ml RM 12.90
5) Medicated talc 75ml RM 3.20

i didn't buy pimple gel and tea tree body shower because i already use another brand. ( I am type such like to buy all set of product before trying)

As you can see, there are so many people say that tea tree is good to prevent acne. My skin is oily and pimple types. What i like about this product is it can make my face free-oil in 8 hour. Seriously, I didn't need to touch up with my pixie foundation every hour to absorb excess oil on my face. Before this, i had use brand like clean&clear and oxy, but  it never give me satisfy result for removing my oily skin or pimple. Now, finaly i found aiken brand to keep my skin just free oil.

But pimple....i don't know, it cannot prevent my face from growing pimple. Every a week, my face keep growing 1 or 2 pimples. ( SO HATE IT!) and my pimple scar still cannot fades it even i use tea tree oil, about 1 month i will see the result. Hmm,.i don't know when my dream to have a clear skin come true. Even though it can reduce pimple from come back, but can you imagine, every week 2 pimple grow then its take 2 day to reduce it and 1 month to fade the scar. This is mean, i never get clear skin..=,=' I think i need to change the brand after finish it for my skin to get prefect result (yeah i am inpatient person).

i give 4/5 rating for this aiken brand product because the price is cheap I spent RM40 for free oil. (worth it)
btw, thank you for visiting and have a nice day :).

Thursday 15 November 2012

How to get clear skin?? Help me!

Hi guys..yahh, i am drying to get clear skin. I spent all my money into it..but don't see the result from cheap product i tried until the expensive one (around rm200 just now)..but still don't get any satisfaction for my teenager, young skin..:p but i am so jealousy why my another fellow skin ( i mean friends), they get clear skin? dont get pimples, scar, blemish and anything ugly on face?? warghhh its not fair..i spent my money on all teenager product to get beauty skin but they just only wear a powder? thanks god..

anyway, there are many factors why i get this such pimple skin :
1 . i think it related with genes factor from our parent. most likely, my friend who has clear skin they said her parent don't have pimple one, so they donnot need to buy product for skin care (LUCKY!!)

2. maybe a diet? yeah, i can't prevent to eat the oily food everyday. my mother keep cooking nasi goreng, mee goreng, nasi lemak, ikan goreng dan sume yang goreng2 laa..since i am from malay family so i can prevent it, right?

3. pimple skin, my mother said it is normal that teenager age get pimple because of growth factor. maybe, but hey why i don't even grow taller?? :( whatever..this is what called teenager problem is PIMPLES!!

4. if u don't have any pimple, it is mean u'r not mature. hey don't mad at me, ok. it's word from my lovely friend said it "tak cara laa klo xde pimple"..thank you honey T****a. u make me feel better. :)

ok2 thank all topic i would like to share with you guy. if u have any ideal please don't scare to share it. i don't care who u are. please leave the comment but if stink comment please donnot leave it. i am not interesting on it. well, anyone has their own opinion, we should be more refined to comment. just think if u dont respect other, who people going to respect u?  i just write which is ap yg terbuku di hati dan terlintas di minda ok..haha, see yah and thank you..

ADS