ads

Friday 9 August 2013

Review : Menyediaan Ibu Kolagen rumpai laut

Salam kepada semua.

Apa itu ibu collegen?

PMC UNGU RUMPAI LAUT CETEK
- Dahan lebih besar dari Rumpai Laut Dalam. lebih Berbau dari Rumpai Laut Dalam. Gred AAA
- Utk kecantikan & kesihatan
- Dicadangkan untuk dimakan

Kenapa Anda Perlu Dapatkan Rumpai Laut :-

    Anda bukan sahaja boleh minum rumpai ini mengikut rasa yg anda inginkan (boleh letak sunquick atau apa2 perisa yg anda nak), malah boleh dibuat MASK pada wajah anda.

    Nilai nutrisi rumpai laut 10X ganda lebih tinggi daripada SIRIP IKAN YU yang bernilai satu mangkuk kecil RM300.

    Khasiatnya sama seperti SARANG BURUNG LAYANG-LAYANG yang bernilai RM400.00 hingga ribuan ringgit.

    24% rumpai laut nya bersamaan 2 keping SARANG BURUNG LAYANG-LAYANG.

    Kalsium 37 kali lebih tinggi daripada hati ikan.

    ANTIOKSIDA 55OX lebih kuat dari vitamin C.

    VITAMIN A 40X lebih hebat dari Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu.

    PROTEIN 21X lebih banyak dari susu.

    OMEGA 3 dan OMEGA 6 – 2326X lebih banyak dari ikan.

KEISTIMEWAAN Rumpai Laut :-

- Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
- Meningkatkan sistem imun dan metabolism badan
- Memejalkan payudara, otot dan punggung
- Menyihatkan rambut dan kuku
- Menguatkan sistem abdomen
- Memelihara kalenjar tiroid – Iodine yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi
kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre (kelenjar thyroid membengkak)
- Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
- Mengurangi selulit
- Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang
- Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
- Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
- Merawat penyakit gout
- Mencegah kanser/tumor
- Menurunkan tekanan darah tinggi
- Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik
- Anti bakteria/kulat
- Merawat anemia
- Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
- Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
- Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit
- Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
- Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka
- Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
- Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
- Menberikan rasa kekenyangan (diet)
- Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)
- Membantu merawat gastrik.
- Bertindak sebagai antikulat dan antibakteria
- Memberi tenaga dan menguatkan sistem  tubuh
- Membantu menstabilkan kandungan gula dalam  darah.

Ada lubang lubang kecil untuk memastikan rumpai laut ini sentiasa kering
Dilihat bermacam macam kebaikan rumpai laut jika mengambilnya secara berterusan. Mari saya tunjukkan cara penyediaan rumpai laut ibu kolagen ini.

1. Basuh sehingga bersih dan rendam semalaman (24 jam)
2. Kemudian bilas lagi
3. Masukkan ke dalam periuk yang berisi air sebanyak 2.5-3 litter
4. Rebus dengan menggunakan api yang paling minimum
7. Boleh bubuh daun pandan untuk mengurangkan bau hanyir
8. Rebus 3 hingga 4 jam supaya rumpai laut hancur dengan sempurna
5. Tapiskan sisa dengan cecair
6. Boleh asingkan dengan 2 bekas untuk dijadikan sebagai masker(sisa) dan minuman/makan terus (jeli) dan terus disimpan ke dalam peti sejuk (bukan yang beku)

Tips penyediaanya :
  • Sukatan air yang tidak cukup menyebabkan rumpai air sukar hancur (terjadi pada saya selama 7 jam rebus baru hancur). 
  • Air rebusan yang mendidih akan merosakkan khasiat rumpai laut jadi suhu tidak melebihi 60 darjah celcius,
Cara buat masker
    Sapu dan biarkan selama 20 hingga 30 minit kemudian bilas ataupun boleh dibiarkan sepanjang malam
    (tak berani nak sapu takut kulit terasa gatal)

Cara penyediakan sebagai minuman

1. Ambil 2 hingga 3 sudu jeli
2. Campurkan dengan pebagai perisa supaya tambah vitamin dan hilangkan bau hanyir (macam Nia campur perisa redpome dan anggur, kadang campur dengan perisa oren dan madu)
3. Campurkan air sejuk atau panas dan kacau hingga pecah jeli itu.

Kemudian minum, rasanya MASAM! tapi Nia memang suka masam2 pon. Hee2. Boleh diminum/dimakan terus sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur pada setiap hari.

Review selepas 4 hari penggunaa 
 Nia rasa kulit glowing memutih sedikit. Harus pakai secara berterusan untuk kesan yang bagus. Disebabkan Nia kena balik ke Kolej pada esok hari jadi terpaksalah Nia kena tinggalkan di rumah kerana tiada kemudahan peti sejuk kerana rumpai laut ini akan basi dan berbau jika tidak disimpan sejuk. Nia bagi je laa dekat ibu dan akak supaya kulit mereka cantik.

Harap cara dan tips ini membantu ye.

Cara membuka penutup botol / bekas yang ketat

Hello semua,

Mungkin anda yang melawati blog saya sedang menghadapi masalah membuka penutup botol yang ketat kerana saya pon menghadapi sama. Tidak kisahlah sama ada botol atau bekas air, botol sos, botol jam dan sebagainya anda cuba membuka sampai merah-merah tangan jadinya kan. Mari saya menunjukkan beberapa kaedah membuka botol / bekas yang ketat bermodelkan bekas kryolan foundation saya yang super little brat!

1. Membukannya dengan getah (getah mempunyai daya geseran yang kuat)

 2. Tidak berjaya? Cuba memanaskan penutup dengan air panas (air panas mempunyai haba yang menyebabkan pengembangan sesuatu objek). Cara ini pernah diajar semasa darjah 4 di sekolah rendah.
3. Masih tidak berjaya jugak??

Akhirnya saya meminta bantuan ayah saya dengan mengunakan apit G dan player boleh laras.

Hee2, semoga anda terhibur dan mendapat tips yang berguna!

Thursday 8 August 2013

SELAMAT HARI RAYA 2013

Assalamualaikum Warahmarullahiwabarakatu.

Apa khabar semua, macam mana dengan Hari Raya, hari yang mulia ini? Adakah hari yang ceria ini bermula dengan sarapan pagi yang menyelerahkan. Semoga anda sentiasa berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. Tidak perlu dikenang orang yang tiada, hanya perlu berdoa dan kalau boleh menziarahi mereka semoga roh mereka dicucuri rahmat kerana itu lah pilihan yang paling tepat

Adakah sarapan anda dengan ketupat rendang seperti ini? Semalam saya dan sekeluarga bertungkus lumus untuk menyiapkan juadah hari raya ini. Maka ini lah hasilnya.

Jangan lupa rutin harian anda sebelum makan ambil segelas ibu collegen rumpai laut ye. Untuk beauty review yang seterusnya saya akan update apabila masa free kerana sekarang sudah sibuk untuk beraya di rumah atuk dan saudara mara dan seterusnya mengulangkaji pelajaran untuk penyediaan peperiksaan pertengahan semester 1 di kolej matrikulasi perlis (KMP).

Alhamdullilah, tahun ini merupakan tahun kemuncak bagi saya dan sekeluarga kerana dapat bersama sama berkumpul untuk meraikan hari lembaran ini setelah beberapa masalah yang dihadapi oleh saya dan ahli ahli keluarga yang lain. Tahun ini baru dapat bergambar bersama sama setelah sekian 10 tahun gambar akhir diambil.

Semoga kamu semua dapat mendoakan kebahagian keluarga kami dan kami pun akan mendoakan kebahagiaan kamu sekeluarga ya.

P/S : Untung jadi student, dapat duit raya. YAY!

Wednesday 7 August 2013

Review : Kryolan SupraColor Foudation

Ok next, saya akan membuat review tentang Krylon SupraColor Foudation. Mungkin semua orang pon dah tahu akan keberkesanan foudation ini dapat menutupi cela-cela dan kulit yang bermasalah seperti saya.

 So Produk ini telah lama digunakan oleh mekap artis Malaysia semenjak 1999 tapi rahsia ini tak pernah diketahui oleh ramai sehingga kini kerana ia sebahagian dari rahsia solekan cantik dan flawless.

Panduan memilih tona warna

Ciri-ciri produk:
  1. oily base- sesuai digunakan oleh org bermasalah spt jerawat, garis2 tua, kulit kasar (big open pores) kerana ia memberikan hasil yg flawless giler
  2. utk org kulit normal & kering amat2 sesuai
Kelebihan menggunakan Kryolan Supracolor Foundation Greast Paint:
  • Memberi kesan kulit muka yang licin
  • Menutup parut jerawat, jeragat & cela
  • Tidak perlu memakai bedak
  • Ringkas, mudah & cepat
  • Sesuai digunakan untuk pengantin, majlis makan malam, photo-shoot dan makeup stage
  • Amat jimat dan hanya dengan sedikit sapukan sahaja sudah mencukupi
  • Sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai kulit normal to kering dan juga not-so oily combination skin.
  • Tahan sehingga 3-5 Bulan. Hanya pakai sedikit dapat meberikan kesan yang menawan.
Tips:
  1. Tidak digalakkan penggunaan harian.
  2. Jangan lupa rutin skincare anda sebelum menggunakan produk ini pada muka anda untuk penjagaan kulit muka yang lebih baik.
  3. Sekiranya anda berhasrat untuk menggunakan produk ini dengan lebih kerap, pastikan anda menggunakan makeup remover dan bersihkan muka anda dengan sebaik mungkin.
  4. Supracolor sama seperti Kryolan tv paint stick. Tetapi Kryolan Supracolor lebih berminyak berbandingKryolanTVPaintstick.                                                                                                                   

Jadi dia pack dalam smaller sample pack 7g like this?

Saya ada masalah dengan pembukaan bekas kecil ini (little brat!) di post ini.

Saya memilih tona 2W iaitu sekala lebih cerah dari natural(3W). Tekstur dia agak lembut dan senang diratakan. Kelihatan tona ini lebih gelap pada warna kulit saya. Tapi apabila memakai, Wallah!

Hilang terus cela-cela, rasa kulit licin dan lebih berseri cuma yang breakout skin sedikit membunjut di pipi kanan. Eiii suka-suka! Probably I will give 5/5 for rating. Yay..Disebabkan kenyataan tips tidak menggalakkan untuk pemakain harian dan perlu dibersihkan dengan makeup remover (kemungkinan formula foundation ini waterproof, sukar hilang dan mengeringkan kulit wajah) maka saya akan menggunakan kyolan ini sebagai concealer cela-cela apabila keluar rumah, juga harga foundation ni agak mahal RM30 jadi dapat menjimatkan penggunaan yew!
Thanks for reading!

Please note : Its all about natural light effect (sunlight). Probably have not edited this picture except for text and combine picture!

Review : Bedak Arab Kokuryu

Mari kita buat review dengan produk yang hot kt fb.
Sorry for stealing your picture!
Saya beli colour Roshelle iaitu cerah sedikit daripada warna nature iaitu Russet.

 Apa itu Bedak Arab menurut templete?

Inginkan wajah lembut, gebu, bercahaya dan berseri2 ? cubalah Kokuryu Super Summer Cake (bedak arab)...dgn pilihan warna yg ssuai utk smua warna kulit...bila dpakai warnanya juga mngikut darah masing2....

Kokuryu Super Summer Cake (bedak arab) didtgkn dgn Kokuryu Beauty Sponge.

Menggunakan teknologi jepun dan dibuat di Filiphine.

Bedak Arab merupakan powder digabungkan dgn krim kecantikan secara saintifik mbentuk powder, foundation,moisturizer dlm satu. Bedak Arab ni kiranya 3 dlm 1.Bedak ini merupakn formula kecantikan yg unik dan sesuai utk semua kulit.Didtgkn dgn warna yg halus, tidak menggelapkan kulit, mampu melindungi jeragat,parut dimuka anda dan senang aje BASAHKAN SPONGE dan terus sapu ke muka anda.

Anda akn kelihatan cantik semulajadi wlpun berjemur di bwh sinaran matahati malah akan melembapkan kulit muka anda.

Akan kelihatan lembut, gebu, bercahaya, berseri, cun dan yang penting terasa ringan di muka (tak melekit lansung!)
 KELEBIHAN BEDAK ARAB:
-halal dan boleh dibawa solat
-harga yg berbaloi dan tahan 3-4 bulan
-3 in 1(powder,foundation n moisturizer)
-tahan selama 8 jam
-bedak ni boleh serap ke dlm kulit dlm masa 1 minit dan mberi kesan semulajadi
-sangatt berkesan bila berpeluh lagi cantik,shining dan glowing
-bedak ni wangi
-bedak ni ikut darah pemakai
-boleh cover kulit bminyak
-melindungi jeragat dan jerawat
-dpt mgecutkan jerawat
-muka semakin gebu dan lembut
-UV protection

bagi wanita2 yang nak tukar bedak compact baru ke atau tercari2 bedak compact mana yang sesuai dengan kulit anda, boleh lah cuba bedak arab ni.

 Keistimewaan Kokuryu Super Summer Cake (Bedak Arab) :
- 3 in 1 (moisturizer, foundation, powder)
Bedak ini 3 dalam 1 (moisturizer, foundation, powder)
** combo yang sangat berbaloi. Ia bertindak sebagai pelembab muka, foundation dan bedak! Sangat menjimatkan masa & wang anda.
- Bedak arab ini mengikut aliran darah kita, tak kira berkulit cerah,gelap,putih & sebagainya. Ia menyerap masuk ke dalam kulit kita, bagi menghasilkan wajah yang cerah dan gebu secara semula jadi serta tona warna kulit kita kelihatan sekata.
- Disebabkan perkara di atas juga, bedak arab ini HALAL dibawa solat. 100% jaminan HALAL dan telah pun diluluskan.
- Percaya atau tidak, bedak arab ini mampu mengecutkan jerawat & boleh cover kulit bminyak.
- Paling hebat sekali, kulit akan bertambah cantik apabila berpeluh (kalau berpeluh hanya ‘dap’kan tisu pada muka)
- Seperti yang disebut di atas, bedak ini tidak melekit dan tidak sama sekali melekat di tisu atau tudung kita.
- Ketahanan bedak arab ini? Sehari boleh tahan sehingga 8 jam, dan satu bedak compact itu boleh tahan sehingga 3 bulan, bergantung juga pada penggunaan kita.
- Berbau wangi.
- Disertakan bersama span yang lembut, mudah dipakai & tidak akan kepam apabila disimpan setelah dibasahkan.

Ok baiklah mari kita lihat bagaimana bentuknya

Bekas Bedak Arab ni senang terbuka jadi kena berhati-hati supaya tidak menjatuhkannya kerana penutupnya sangat longgar. Kalau jatuh memang rugi (sebab Nia memang tak suka kosmetik yang comot2).
Saya pilih warna Roshelle.

Cara penggunaan Bedak Arab dan Span yang ditunjukkan
 
*AIR ADALAH MEDIUM UTAMA*

1. SEBELUM MENGGUNAKAN BEDAKMUKAKOKURYU PASTIKAN KESELURUHAN KOKURYU BEAUTY SPONGE DIBASUH & DIPERAHKAN (Jangan terlalu basah atau terlalu kering, jika tidak, bedak tidak akan melekat pada span)

2. OLESKAN KOKURYU BEAUTY SPONGE PADA PERMUKAAN BEDAK MUKA KOKURYU (bagi penggunaan kali pertama, kokuryu beauty sponge hendaklah ditekan dengan lebih kuat sedikit supaya bedak melekat dengan elok kerana permukaan bedak belum licin dan agak sukar bedak melekat dengan sempurna)

3. KEMUDIAN SAPU BEDAKMUKAKOKURYU KE WAJAH ANDA SEHINGGA BEDAK MENJADI SEKATA DAN MERESAP PADA KULIT

4. SELEPAS GUNA PASTIKAN ANDA BASUH KOKURYU BEAUTY SPONGE BEDAK ARAB TU.. BOLEH BASUH DENGAN PENCUCI MUKA ATAU MANDIAN BAYI (jangan dibiarkan span tidak dibasuh takut kuman melekat, tak elok le nak pakai kat muka kan?)

5. SEMASA BASUH KOKURYU BEAUTY SPONGE HENDAKLAH DIGOSOK-GOSOK BAGI MENGELUARKAN KESAN BEDAK TU, SETERUSNYA BILAS DENGAN AIR BERSIH (selepas basuh pastikan anda lihat KOKURYU BEAUTY SPONGE itu putih bersih seperti sediakala)

6. KEMUDIAN ANGINKAN KOKURYU BEAUTY SPONGE UNTUK BEBERAPA MINIT SUPAYA IANYA KERING SEPENUHNYA SEBELUM DISIMPAN KE DALAM PLASTIK (jangan terus masukkan span yang basah ke dalam plastik bagi mengelak ianya berbau busuk dan berkulat)

7. SELEPAS KOKURYU BEAUTY SPONGE BETUL -BETUL KERING BOLEH MASUKKAN IANYA KE DALAM PLASTIK YANG DAH SEDIA ADA TU (pastikan span & plastik tu jaga elok2 ye)

Tetapi saya ada cara yang lebih ringkas dan cepat untuk digunakan.

Cara penggunaan bedak arab dengan ringkas dan cepat
1. Tadah sedikit air di atas tapak tangan
2. Basahkan span dengan amount air yang digunakan 1/4 dari permukaan span
3. Gunakan span yang 1/4 lembap itu kemudian calit ke bedak arab.

4. Kemudian sapu kepada keseluruhan wajah seperti biasa dengan menggunakan 1/4 span tanpa perlu membasuh span (3/4 boleh digunakan sebanyak 3 kali tanpa membasuh span dan 1/4 permukaan dibiarkan kosong untuk pegangan supaya tidak berlaku jangkitan kuman).
5. Setelah 3 kali penggunaan span dengan permukaan yang berbeza boleh basuh span itu seperti biasa dengan menggunakan sabut cuci pinggan yang anti-bacteria untuk lebih jimat dari menggunakan sabun mandi yang mahal ( kerana cara cuci berus make up pun sama untuk penjimatan cuma tambah sedikit minyak zaitun sebagai conditioner)

Review daripada penggunaan bedak arab :

Ok lah, tidak berminyak, tahan selama 6 jam terasa kulit smooth je dan lebih sekata. Saya memberikan rating 4.5/5 kerana bedak arab ini masih tidak dapat menutup breakout skin dan acne saya dengan sempurna sesuai dengan matlamat acne cover solution. Dan satu lagi disebabkan bekas bedak arab ini longgar jadi sukar untuk saya membawanya dalam purse (untuk touch up) untuk menjaga kualiti bedak tersebut (elak dari pecah dan retak).

Saya harap kamu seronok menjelang Hari Raya Aidilfitri.

P/S : Bibir Nia merah sebab Nia pakai Beauty kiss 3D liptint

Acne Cover Solution

2 Days ago, my skin suddenly breakout into this. >,<

This is because I been using bedak tanaka jasmine on last night.

I am so upset and at the same time I feel very itch on my right cheek. Probably I will not using and purchase again this product!

So I will do review about these product if it can completely cover my breakout skin.
1. Bedak Arab
2. Kyolan supracolor foudation 2W
3. BB cream skin79
4. Pixy

Budget Shopping : Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya!

Tahun ini saya diperuntukkan oleh ayah untuk shopping sebanyak RM200 sahaja. Saya bukanlah seorang yang kaya atau anak tunggal yang kebanyakan diperuntukkan lebih dari RM500++ hanya untuk pakaian dan bukannya barang-barang yang lain. Dengan budget RM200 ini saya akan menunjukkan semua jenis belian yang merangkumi pakaian, kasut dan tudung yang tidak TERHAD untuk Hari Raya tetapi pakain untuk ke kolej dan kasual. Kalau bag budget lain ye kerana saya memang tidak memerlukan bag baru pon untuk tahun ini (save budget!).

Tema saya hari ini adalah warna PURPLE (baru perasan giler purple haha!)

Harga sudah termasuk tawar menawar daripada penjual
1. Baju kemeja RM40
2. Seluar Slack (bundel) RM10
3. Baju kurung RM38
4. Baju kurung RM50
6. Tudung 3 helai RM25
7. Kasut wedge 2 inci RM30
(eh baru perasan number 5 tak ada!)

Jadi jumlah yang saya perbelanjakan adalah RM193 (Please give big Applause!) tidak lebih daripada budget yang diperuntukkan. Kadang-kadang saya juga terliur dengan baju kurung yang berlabu chi dan ber'bling-bling'. Tetapi disebabkan budget yang terhad terpaksa lah saya melepaskan hasrat itu dengan memilih antara yang mana lebih perlu. Secara keseluruhannya saya amat berbangga dengan diri saya kerana perbelanjaan saya untuk hari raya tidak membazir dan sia-sia. (jangan salah paham ye, kalau rawatan rambut dan barang kosmetik penggunaan tahan untuk 6 bulan ke atas dengan menggunakan duit sendiri yang saya kumpul)

Saya harap dengan budget ini membantu kamu semua untuk belanja dengan lebih bijak.

Amaran : Ibu dan ayah kita semakin tua tidak sepatutnya kita menyusahkan mereka. Say I LOVE MY PARENTS.

Tuesday 6 August 2013

Beauty Haul : Contact lens

Hi guys?
Thank you for support me. If you have any question please don't feel ashame to leave a comment below. Right now, I will do the beauty haul on the next received parcel from another seller. It is all about CHEAP CONTACT LENS from korea!

So this seller sent me 2 package in separate ways. I wonder she want to avoid the item from fragile?

  List of item
1. Contact lens 4 pair RM60 (with 2 free gift lens cases)
2. Kryolan 2W 7g RM30
    ~Free Gift~
3. Skynose pro eye mask
4. kinoki patch detox

The total price I have to pay is RM90 (with free postage). Girls, who are dislike to receive the free gifts right?

I bought it from this store ==>RM10 contact lens
Will update soon for the review. Thanks for reading! a,a

Beauty Haul : Part 2 - Kosmetik Import

Baiklah, bersambung kepada beauty haul - kosmetik import.

Bungkusan ini dipacking dengan baik oleh seller. (Give applause!)

Keseluruhan barang-barang ini tiada yang pecah atau rosak semasa penghantaran kerana dibungkus dengan baik.
Cara baca mengikut barisan (dari atas ke bawah) kemudian mengikut lajur (dari kiri ke kanan)

1)  11. Relian Mascara Pink Edition
2)  12. LIYANSHIJIA 24K Gold Mask
3)  13. 24k Active Gold Eye cream
4)  14. Emilay Whitening pills
5)  21. Depilatory hair remover
6)  22. Bedak Tabur skin 79
7)  23. Toner Syahrini
8)  24. Blackpome lotion
9)  31. Serum Gold Whitening collagen adha
10)32. Paket magic white korea
11)33. Golden UnderArm
12)34. BB cream skin 79
13)41. Serum Vit C E Collagen
14)42. DHC eyelaish tonic
15)43. KINOKI gold patch detox
16)44. Beauty Girl Peeling gel

Semua barang-barang ini saya perolehi daripada toko ini ==>Angelina Lee

Emak saya cukup risau hobi saya yang menghabiskan duit untuk barang kosmetik. Tapi nak buat macam mana kan sudah minat.

Secara keseluruhannya daripada belian kosmetik luar negara dapat menjimatkan 2/5 (termasuk kos kiriman ke Malaysia). Penghantarannya selama 5 hari tetapi disebabkan ditahan oleh kastam maka lebih kurang 2 minggu untuk barang sampai. Baiklah, akan datang saya akan cuba update untuk review produk ok.

Beauty Haul : Part 1 - Pengalaman pertama barang import kena tahan dengan kastam

Hello semua,

Terima kasih kerana sudi menyinggah ke blog saya ini untuk mengetahui mengenai tahanan barang import atau barang yang dibeli daripada luar negara. Saya tahu ada diantara kamu semua yang sudah mempunyai pengalamankan dan ada sesetengah yang belum boleh membuat sebagai runjukkan.

Saya akan menceritakan bagaimana barang itu ditahan dan cara menuntutnya.

24 Julai 2013, saya mengorder barang-barang kosmetik dan kecantikan daripada Indonesia di tokopedia.com bayar melalui western union dengan menggunakan alamat kiriman ke rumah asal iaitu di Johor. Dalam 5 hari terimalah surat cinta daripada kastam, kata ayah saya kerana saya masih di Perlis. Ayah saya agak bising membebel kerana memerlukan prosedur yang banyak dan leceh untuk menuntut barang tersebut LEBIH-LEBIH lagi ia merupakan barangan yang di bawah akta Farmasi yang memerlukan pemeriksaan terhadap ubat-ubatan dan kosmetik. Saya hanya menebalkan telinga.

tarikh yang tertera lewat sedikit kerana saya baru balik dari Perlis

Saya harap gambar ini membantu untuk menjelaskan bagaimana untuk membuat pelepasan barang daripada kastam. Saya memilih cara yang pertama iaitu datang sendiri untuk menuntut barang tersebut di Pusat Ibu Pejabat PosLaju Johor Bharu di Larkin, Johor Bharu. Barang yang diperlukan adalah kad pengenalan dan invois/resit pembelian.

Pada hari ini barulah saya dapat ke sana dengan kereta yang dipandu oleh ayah tetapi urusan ini diuruskan oleh saya sendiri kerana takut kalau-kalau ayah saya terlibat sama Pegawai Kastam akan mengenakan cukai.

Tibanya di sana, saya memberikan surat yang dikirim oleh Kastam tersebut kepada Pegawai yang ditugaskan. Pegawai tersebut meneliti dan mengambil parcel tersebut. Kemudian, seorang Pegawai Kastam wanita memberikan saya pisau untuk membuka bungkusan kotak tersebut untuk membuat pemeriksaan. Disebabkan bungkusan tersebut penuh dengan barangan kosmetik, Pegawai Kastam itu memanggil Pegawai Farmasi yang bertugas. Pegawai Farmasi tersebut adalah seorang wanita yang masih muda dan agak memahami kehendak saya sebagai seorang wanita yang sukakan barang kecantikkan dan murah.

Selepas habis memeriksa melalui list yang saya berikan terkandung jenis  produk, kuantiti, harga, jumlah, kos penghantaran dan jumlah dalam ringgit Malaysia kurang dari RM400 itu dilepaskan dengan diberikan peluang jika saya masih membeli lagi barang kosmetik import kemungkinan barang tersebut akan dirampas. Tibanya giliran Pegawai Kastam wanita itu untuk memeriksa sekali lagi dan memberi nasihat tentang pelepasan kastam jika membeli barangan kosmetik yang dilarang atau kuantiti jenis produk yang melebihi 8 akan dikenakan cukai sebanyak 10 %.

Selepas habis urusan, pulanglah saya dengan hati yang gembira. Syukur alhamdullilah segala urusan permudahkan oleh Allah.

Beauty haul akan bersambung pada sini ==> part 2 - kosmetik import

Update: So what I wear when I went there? 

Here it is. Just a cute casual.

Review : Gold Redpome Cleanser

Assalamualaikum semua?

Alhamdullilah akhirnya dapat juga saya teruskan penulisan saya pada blog ini tanpa sebarang ancaman atau kata-kata yang mengesatkan. Semoga kepada para pembaca akan mengikuti blog saya dan mendapat info terkini tentang produk kecantikan yang ditawarkan.

Saya akan membuat review tentang produk  Gold Redpome Cleanser. Siapa tak kenal Redpome buatan dari korea kan dirumuskan khas untuk pencerahan kulit. Ia terdiri daripada cleanser, scrub, peeling gel dan yang paling hot adalah lotion.

Mengikut daripada pautan gambar-gambar ini mengikut tarikh-tarikh yang tertera, saya telah menggunakan produk selama hampir 2 minggu daripada tarikh pembelian. Hasilnya amat lumayan.

Fungsi penggunaan mengikut maklumat yang dinyatakan di internet :
- Mampu membersihkan sampai kedalam pori-pori
- Dapat digunakan pada tubuh & wajah
- MEMUTIHKAN dengan sempurna
- mengencangkan
- menghilangkan pori-pori yang besar
- mengurangi jerawat (wajah maupun ditubuh yg lainnya, cntoh : punggung)

Cara penggunaan :
- Gunakan dengan tubuh basah (setelah scrub / mandi bersih)
- Oleskan Cleanser ke seluruh tubuh layaknya maskeran
- Pijat dengan lembut
- Biarkan 5 – 10 menit
- Bilas dengan air
- Bisa digunakan di wajah
Ataupun digunakannya seperti pakai
sabun mandi / sabun cuci muka

gambar sebelum dan selepas penggunaan
Lihat perbezaannya antara sebelum dan selepas. Saya menggunakannya sekali setiap hari pada badan dan 2 kali seminggu di muka. Sebelum ini kulit saya berminyak ,jerawat menjadi bengkak dan bekas jerawat nampak nyata. Yang seronoknya lepas 10 hari pemakaian KULIT SAYA TIDAK BERMINYAK lagi! YAY even bangun tidur pun masih tiada minyak! ini kerana emas mempunyai sesuatu yang dapat menimbangkan pengeluaran minyak pada kulit. Lagi kulit saya menjadi cerah dan bekas-bekas jerawat pun nampak pudar.

TETAPI disebabkan kulit saya sudah bebas daripada minyak, kulit saya menjadi kering dan menegang. Jadi terpaksa saya sentiasa memakai pelembap untuk mengurangkan regangan. Lagi satu kulit saya mengupas, mengikut daripada seller, mungkin kulit saya banyak sel kulit mati sebab itu mengupas jadi saya hadkan 4 hari sekali pemakaian di muka cuma jerawat masih tumbuh tidak membengkak seperti dulu. Hasilnya memang best!

Please note : Its all about natural light effect (sunlight). Probably have not edited this picture except for text and combine picture!

Beauty Haul - 5 Ogos 2013

Hi, hello uolls...

Today I am so excited about my received parcel.

I had purchase it last Friday night (2/8/2013). The seller ask me to make a payment before Saturday after that she want to BERHARI RAYA yoy so I immediately made a payment through my roommate's online bank in.

I bought the local product which are hot selling and had heard many good things about it at facebook nor blog so I decide to bought it and experiences myself.

Based on photo :
1. Arche Pearl Cream 3g RM10 (Review)
2. Bedak Arab Roshelle 50g RM40 (Review)
3. Bedak sejuk Tanaka Lemon 110g RM20 (Review)
    ~Free Gift~
4. Naturgo Shisheido mask
5. Eyeliner
6. La-Bonita Lipstik

The total price I had to pay is RM70 with free shipping. I bought from here ==>Bedak Arab
I can't wait to make review about all the products. Yay!

Monday 5 August 2013

Review : Kiss Beauty 3D lip tint dan cara pemakaian

Hello semua,

Maaf kerana lambat untuk meng'update' post review ini. Hari ini Nia tidak berapa sihat dengan batuk dan sakit tekak menjadikan bibir Nia kering untuk membuat review liptint ini dengan menggunakan kamera yang lebih berkualiti. Jadi Nia terpaksa guna gambar lama yang kualitinya rendah. Harap semua tidak kisah ye dengan kecil tomel ini.

Tentang Kiss Beauty  3D liptint asal dari Thailand, mungkin ada segelintir dari uolls semua tidak tahu apa itu liptint kan. Liptint tu macam pewarna yang akan stain (melekat pada bibir) apabila pakai. Ciri dan fungsi  liptint ini lebih kurang sama seperti liptint Odbo:

- Liptint boleh  tahan 4 – 6 jam.
- Liptint berbentuk cair dan berwarna.
- Liptint sangat terkenal dan dipakai oleh artis-artis Korea.
- Dengan pemakaian teratur bisa membuat bibir berwarna pink alami.
- Lip tint ini tidak membuat bibir kering karena mengandung stiva extract and jojoba.
- Diperkaya dengan Vitamin E, melembabkan bibir secara alami, bisa bertahan sampai seharian.
- Kalau pakai lip tint, bibir jadi berwarna tapi tidak terasa berat seperti memakai lipstick, lebih ringan dan tampak alami.
- Lip tint yang bagus juga jauh lebih tahan lama daripada lipstik. Warnanya tidak akan hilang walaupun dipakai saat makan dan minum.

 Kelebihan Lip Tint
1. Warna semulajadi dengan pemakaian secukupnya
2. Warna yang kekal di bibir, tidak mudah luntur meskipun setelah makan / minum 

3. Packaging yang kecil sehingga mudah di bawa kemana mana namun pemakaian tahan lama (1 - 2 Bulan)
4. Dapat digunakan sebagai pemerah pipi 

Cara pemakaian ada 2 cara iaitu nampak semulajadi atau macam lipstick.

Cara untuk nampak semulajadi
  1. Dot kan beberapa dot di bibir, terpulang kepada kepekatan yang anda inginkan.
2. Kemam bibir tersebut. 
3. Kemudian gunakan jari untuk meratakan warna.

Mari kita buat review tentang tecik, tomel ni.

 Dia ada 3 pilihan warna iaitu oren, pink dan merah. Boleh lihat kat bawah ye.

Kesimpulannya, review Nia tentang liptint ini warna tahan selama kurang dari 4 jam sahaja. Liptint ini tidak melembapkan bibir dan tidak juga mengeringkan tetapi bagi yang bibir kering atau sensitive haruslah pakai pelembab bibir sebelum memakain liptint ini. Saya memberikan rating kepada liptint ini ialah 4/5 sebab kadang-kadang ia mengeringkan bibir.

Cara Nia organisasi koleksi liptint Nia.

Comel kan? Jumpa lagi!

ADS