Assalammualaikum semua,.
Terdengar sahaja lagu Hotel California by Eagles mengimbas kembali kenangan aku bersama si dia dahulu tetapi sekarang aku sudah kehilangan dirinya. Tidak mudah bagi aku untuk menerima kenyataan bahawa aku bukan miliknya lagi, lebih sukar lagi aku sering teringat akan peristiwa dan kenangan manis kami. Aku sebagai seorang penulis tegar yang tiada niat untuk mendapatkan simpati dari orang ramai tetapi hanya sebagai penulis yang ingin berkongsi tentang perjalanan hidup seseorang. Semoga memberi teladan dan pengajaran untuk semua.

Aku mengenalinya sebagai King of Party, sesuai dengan keadaannya dan sesuai dengan situasi bermulanya pertemuan kami. Sungguh indah bahawa terdapat banyak pilihan jejaka idaman yang cuba mendekati diriku tetapi aku dapat merasakan bahawa dialah yang terbaik, dialah yang paling aku selesa berdamping dan dialah paling kurasakan seorang yang bertanggungjawab.
Pada kali kedua pertemuan kami disangka hanya bersahabat tetapi siapa sangka dua hati menjadi satu dalam suasana kedinginan kelam malam berunggunkan api, air sungai yang mengalir serta bunyi petikan gitar diiringi suara yang merdu, kau membawa aku bersama dengan mereka. Kehangatan pada malam itu tidak pernah dapat aku lupakan.
Pada mulanya, kau seperti dalam lagu Give your heart break nyanyian dari Demi Lovato, Sayangku, aku bukan begitu dan aku tidak sanggup diperlakukan begitu seperti kau buat kepada mereka sebelumnya. Kau sudah ubah fikiran untuk bersamaku serta memberi layanan yang selayaknya tehadapku.
Sayangku, adakah ini jampi terhadap diriku untuk aku sukar melupakan kau, untuk aku teringinkan kau selalu? Adakah kau lebih pentingkan kerjaya, terlalu bersama rakanmu, keluargamu atau kekasih hatimu dalam diammu?
Cintaku, aku berharap aku pergi dengan tanpa kerelaan hati ini meninggalkanmu agar kau lebih menghargai diriku ini yang dahagakan perhatian kasih sayangmu terhadapku. Mencari apa yang kau kejarkan? apa kehilangan dalam dirimu dan apa matlamat yang kau inginkan sehingga aku dianggap menganggu perhatian dalam hidupmu? Belum sempat ku kembali, kau pula yang pergi meninggalkanku , melupakanku dengan mudahnya.
Aku keliru tetapi aku paham dengan pendirianmu dahulu yang kau sudah perkatakan. Akan ku cuba melupakan kamu, kenangan terindah kita ku padamkan agar aku dan kau bahagia dalam jalan kehidupan masing-masing. Selamat tinggal. . . .
Salam dari Nia
No comments:
Post a Comment