Insan Bernama Lelaki..
Dulu..
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah,Saifullah,
Tokoh, ilmuan dan pejuang kami ramai tak terkira.
Kini..
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh, ulama' dan perindu syahid kami sedikit sekali,
Yang ramainya,boneka Yahudi.
Dulu..
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini..
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari, mahu bersembunyi,
Lelakinya pengkhianat, peragut, pembunuh, perogol bersiri.
Dulu..
Bila wanita teraniaya,
Cukup seorang sahaja,
Sepasukan kuda putih datang membela,
al-Mu'tasim kebanggaan wanita.
Kini..
Ribuan wanita suci dipenjara..
Diperkosa, diseksa minta dibela,
Lelakinya sunyi sepi sahaja,
Tunduk lemah tak bertenaga.
Dulu..
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Walau sekadar mengenyit mata.
Kini..
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Lelaki dayus malah bangga,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.
Tanpa dikawal sesiapa.
Dulu..
Lelaki menggadai diri, masa, harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Bermusafir ke seluruh dunia,
Jauh dari keluarga,
Pulang hanya bila anak yang kecil sudah dewasa,
Demi menyampaikan risalah mulia,
Untuk ummat tercinta.
Kini..
Lelaki menggadai ketinggian dan kesucian agama,
Demi dunia, nafsu, dan seisinya,
Ummat yang kufur dan jauh dari agama tidak dihiraunya,
Tanggungjawabnya menyebar risalah entah ke mana,
Mungkin syurga hanya untuknya dan keluarganya sahaja,
Biarlah yang lain masuk ke neraka.
Dulu..
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tabah menuntut ilmu, tekun berdakwah.
Kini..
Lelaki hanya menyanjungi sejarah.
Hanya berbangga dengan kisah,
Diri bermalasan tenaga tak dikerah,
Saf lima waktu pun tidak dikesah,
Jemaahnya sedikit, yang banyaknya sejadah,
Waktu subuh hanya untuk yang benar-benar gagah.
Dulu..
Lelaki memperjuangkan ad-Din dan ummah,
Perbualan harian mereka tidak lari daripada ilmu, agama, jihad dan ummah,
Al-Farouq, Zunnurain mati dibunuh,
Kerana fokus mereka hanya untukNya
Kini..
Lelaki memperjuangkan segalanya hanya untuk dirinya dan kroninya sahaja,
Hingga sanggup menganiaya mereka yang tidak berdosa,
Perbualan harian mereka tidak lari daripada pangkat, harta, wanita, bola, motor dan hal-hal dunia,
Berjalan ke sana ke sini tanpa arah tujuan yang mulia,
Hanya saja-saja,
Melepak membuang masa.
Dulu..
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini..
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertingkah..
Kembalilah lelakiku..
Kepada kemaskulinanmu..
Kami rindukan lelaki yang dahulu..
Acuan Madrasah Rasul..
Namun kami juga sedar,
Andai kami tidak membantu,
Andai kami tidak menjaga mata,
Menunduk pandangan,
Kami juga turut bersalah,
Dalam melemahkanmu,
Malah melemahkan seluruh ummah,
Kerana kami adalah tunggak ummah,
Ibu kepada generasi yang akan membentuk ummah,
Yang mana binasanya kami, binasalah ummah.
Syabab Musafir Kasih
~Fatimah Syarha Mohd Noordin~

No comments:
Post a Comment